Images
  • atisha khan
    (Gambar: Agensi berita)

Adik Neelofa, Athisha lulus pengajian undang-undang di UK

KUALA LUMPUR: Bukan hanya dikurniakan dengan rupa paras cantik, malah Athisha Khan juga bijak orangnya.

Nama personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Noor Neelofa menjadi perbualan warga net sejak foto terkini Athisha yang lengkap mengenakan jubah konvokesyen bertebaran di Internet.

Perkongsian detik-detik indah bersama keluarganya dimuat naik Athisha ke laman media sosial miliknya selepas dia berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah di United Kingdom.

Astro AWANI difahamkan bahawa Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari Universiti Birmingham, United Kingdom.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, turut kelihatan Athisha dan keluarga tersayang meraikan kejayaannya dengan mengadakan majlis ringkas di rumah.

Selain kedua-dua ibu bapanya, iaitu Cik Noor Kartini dan Encik Abdul Halim Khan, Athisha turut diraikan oleh adik-beradiknya termasuk Neelofa, Sara, Aqief, Ameera Khan dan Faliq.

Berusia 23 tahun, Athisha juga merupakan vlogger popular dan mempunyai lebih 300,000 pengikut di saluran YouTube.

Sementara itu, Cik Noor Kartini di akaun Instagram miliknya menzahirkan rasa syukur atas khabar gembira itu.

“Alhamdulillah syukur dengan segala nikmatMu Ya Rabb. Sungguh kasih sayangMu amat luas dan nikmatMu amat hebat. Wahai pencipta langit dan bumi peliharalah kami dan lindungi kami dari segala bala malapetaka.

"Selamatkan kami di duniaMu dan di akhiratMu Ya Rabbul Alamin. Terima kasih Allah untuk segala nikmatMu. Terima kasih anakku sayang Athisha Khan. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat kepada seluruh umat. Amiin.” 

- Agensi berita/HA/ha

Top