Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ada pihak bubuh nama Siti Nurhaliza, pancing orang ramai dalam promosi konsert

“Tolong jangan memperdayakan orang ramai,” demikian pinta penyanyi tersohor Siti Nurhaliza kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ada pihak bubuh nama Siti Nurhaliza, pancing orang ramai dalam promosi konsert

(Gambar: Petikan skrin Instagram Siti Nurhaliza Tarudin)

Diterbitkan : 05 Mar 2020 11:47AM Dikemas Kini : 05 Mar 2020 11:49AM

KUALA LUMPUR: “Tolong jangan memperdayakan orang ramai,” demikian pinta penyanyi tersohor Siti Nurhaliza kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ini selepas beliau mendapati namanya diumumkan sebagai salah seorang penyanyi dalam sebuah konsert di Sabah, lapor BH Online.

Memuat naik poster konsert ke akaun Instagram beliau, pelantun lagu 7 Nasihat itu memaklumkan hebahan poster tentang konsert, yang akan berlangsung di sebuah dewan universiti pada April depan, adalah palsu.

“Perhatian. Saya tidak terbabit dengan acara ini dan juga tidak berada di tempat yang dinyatakan pada tarikh tersebut.

“Kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai hal ini, diminta supaya nama dan gambar saya tidak digunakan kerana saya tidak terbabit.

“Saya sangat berharap agar perkara palsu seperti ini tidak dibuat main-main oleh pihak terbabit,” tulisnya seperti dipetik BH Online.

Selain Siti, gambar penyanyi lain seperti Amy Search, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Aweera dan Cakra Khan turut tertera di atas poster berkenaan.

“Penyanyi lain yang ada gambar dan nama, saya tidak pasti terlibat atau tidak.

“Tetapi, saya memang tidak pernah membuat atau menerima undangan ini,” jelasnya lanjut.

Sebelum ini, beberapa individu yang tidak bertanggungjawab didapati cuba mengambil kesempatan dengan memuat naik lagu terbaru Siti berjudul 7 Nasihat ke laman YouTube peribadi mereka.

Ini sedangkan penyanyi , yang juga ibu kepada Siti Aafiyah, itu kemudian memohon supaya mereka yang memuat naik lagu tersebut ke laman YouTube menghormati hak cipta dan karya penggiat seni dan hiburan tanah air.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan