Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Acara President's Star Charity masuk tahun ke-20, perkasa individu buat perubahan

 Acara tahunan mengumpul dana President's Star Charity sedang berlangsung dan disiarkan di saluran 5, meWATCH dan YouTube sekarang ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Acara President's Star Charity masuk tahun ke-20, perkasa individu buat perubahan
Diterbitkan : 04 Oct 2020 07:47PM Dikemas Kini : 04 Oct 2020 08:31PM

SINGAPURA: Acara tahunan mengumpul dana President's Star Charity sedang berlangsung dan disiarkan di saluran 5, meWATCH dan YouTube sekarang ini.

Selama dua jam bermula 7.30 malam tadi (4 Okt), barisan selebriti tempatan mahupun antarabangsa menyokong usaha murni yang masuk tahun ke-20 tahun ini.

Setiap persembahan mereka demi membantu mengumpul dana yang akan disalurkan kepada 72 badan amal.

Antara penyanyi yang menyumbang suara mereka termasuklah biduanita veteran Rahimah Rahim dan penyanyi terkenal Indonesia, Rossa.

Tidak seperti tahun-tahun sudah, talian derma tidak disediakan.

Sebaliknya, anda boleh membuat sumbangan menerusi laman tertera atau mengimbas kod QR yang disiarkan dalam rancangan itu, dengan menggunakan aplikasi bank anda.

Presiden Halimah Yacob turut mempamerkan bakat beliau dengan melukis pada jubin seramik. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan