Acara anugerah terbesar K-pop, MAMA bersiaran langsung di meWATCH pada 11 Dis
Berita gembira bagi para peminat K-pop! Acara anugerah terbesar industri itu, Anugerah Music Asia Mnet - atau lebih dikenali sebagai MAMA, akan distrimkan secara percuma di MeWatch pada Sabtu (11 Dis), dari jam 3.00 petang.
SINGAPURA: Berita gembira bagi para peminat K-pop! Acara anugerah terbesar industri itu, Anugerah Music Asia Mnet - atau lebih dikenali sebagai MAMA, akan distrimkan langsung secara percuma di MeWatch pada Sabtu (11 Dis), dari jam 3.00 petang.
Jangan bimbang, buat julung-julung kalinya, sari kata Inggeris akan disediakan.
Acara anugerah tahunan yang diadakan pada hujung tahun itu diterbitkan oleh syarikat gaya hidup dan hiburan, CJ ENM. Penyanyi-pelakon Lee Hyori bakal menghoskan acara itu, menjadikan beliau pengacara wanita pertama bagi acara tersebut. Beliau juga akan membuat persembahan bersama para peserta siri pertandingan tarian Korea, Street Woman Fighter.
Antara sorotan acara itu kali ini adalah bintang undangan Ed Sheeran yang akan mempersembahkan lagu popularnya, Bad Habits, dalam versi baru. Juga, kemunculan semula kugiran K-pop lelaki, Wanna One, menggegarkan pentas.
Selain itu, penonton boleh menantikan persembahan-persembahan lain oleh kumpulan aespa, NCT 127, NCT Dream, Stray Kids serta Tomorrow x Together.
Anda boleh menyaksikan acara itu di meWatch pada pukul 3.00 petang, waktu Singapura, untuk melihat bintang-bintang menggayakan busana mereka dalam segmen karpet merah. Acara utama MAMA akan mula bersiaran pada jam 5.00 petang.
Rancangan itu turut disediakan mengikut permintaan di meWatch dari 12 hingga 25 Dis, sekiranya anda terlepas menyaksikannya atau sekadar mahu mengimbau kembali detik-detik kegemaran anda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.