Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Abby Abadi sahkan kembali berlakon; mula jalani penggambaran drama Jan 2019

Sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Abby Abadi mungkin akan kembali beraksi dalam siri drama Gerak Khas terbitan Skop Production.

Anggaran Waktu Membaca:
Abby Abadi sahkan kembali berlakon; mula jalani penggambaran drama Jan 2019

(Gambar: abby_abadi112/Instagram)

Diterbitkan : 29 Dec 2018 02:56PM Dikemas Kini : 29 Dec 2018 03:07PM

MALAYSIA: Sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Abby Abadi mungkin akan kembali beraksi dalam siri drama Gerak Khas terbitan Skop Production.

Ini bermakna, Inspektor Aleza akan kembali!

Perkara ini disahkan sendiri oleh Abby Abadi menerusi catatan Instagramnya. Beliau berkongsi tentang saat-saat ukuran badannya diambil "untuk baju polis".

"Berkali-kali wardrobe, production manager dari team Gerak Khas msg/call suruh datang Skop Production utk ukur baju polis. Kita bagi alasan, nanti kurus kita datang... sebulan berlalu tak jugak kurus2 hahaha," tulis Abby.

Pelakon berusia 41 tahun itu menambah, beliau diminta mula menjalani sesi penggambaran mulai Jan 2019 oleh Yusof Haslam.

Lantaran itu, Abby tidak lagi dapat 'lari'.

"InshaALLAH polis gemuk ni sekejap je kat TV. Lepas tu polis ni akan kembali size model ok hohoho," seloroh Abby. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan