Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Abby Abadi kongsi rakaman penuh emosi buat arwah anak

Pelakon terkenal Malaysia, Abby Abadi meluahkan rasa rindu terhadap arwah anaknya Muhammad Danial Firman Faizal atau dikenali sebagai Baby D.

Anggaran Waktu Membaca:
Abby Abadi kongsi rakaman penuh emosi buat arwah anak

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 01 Jan 2020 10:34AM Dikemas Kini : 01 Jan 2020 10:39AM

MALAYSIA: Pelakon terkenal Malaysia, Abby Abadi meluahkan rasa rindu terhadap arwah anaknya Muhammad Danial Firman Faizal atau dikenali sebagai Baby D.

Biarpun kehilangan permata hatinya, namun kata Abby, kehadiran Baby D merupakan kenangan yang terindah dikecapinya pada tahun ini.

Menurut Astro Awani, perkara itu dikongsikan Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 42, menerusi satu entri berbentuk video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

"Berbahagialah di sana sayang. Antara kenangan terindah untuk mama dan abah di tahun 2019 ini ialah hadirnya Muhammad Danial Firman Faizal Muhammad Faizal.

"Mama buat video ni sewaktu di Makkah hari itu, selang dua hari selepas Baby D tinggalkan kami semua.

"Tapi teragak-agak nak kongsikan sebab tak nak terbawa-bawa dengan kesedihan berpanjangan, tapi malam ni (malam tadi) mama post juga sebab mama nak tinggalkan kenangan di sini. Mama dan abah rindu dia," luahnya menerusi catatan di Instagram.

View this post on Instagram

. Antara kenangan terindah Untuk Mama & Abah di tahun 2019 ini Ialah hadirnya Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal ❤️ . Mama buat video ni Sewaktu di Makkah haritu Selang 2 hari selepas Baby D tinggalkan kami semua Tapi teragak2 nk kongsikan Sebab taknak terbawa2 dengan Kesedihan yg berpanjangan . Tapi malam ni Mama post juga Sebab Mama nk tinggalkan Kenangan disini . Mama Abah rindu dia �� Muhammad Danial Firman Faizal . Masih sayu rasa hati Walaupun sudah redha Tapi masih terbayang2 wajah Baby D Buka mata mcm dalam video ni pandang Mama, dengar Mama membebel, mengaji, pegang tangan Mama, tangan Abah.. alahai.. comelnya wajahmu anakku �� . Lahir 23minggu (27/9/2019) dalam keadaan dalaman yg belum bersedia, memang Mama & Abah kena terima hakikat kalau apa2 terjadi kata Dr. Memang dari awal kelahiranpun, Baby D bergantung pada bantuan mesin. Para Doc di NICU tak bagi apa2 harapan.. 50/50 kata mereka... Baby D pun beberapa kali kritikal.. tp Mama Abah tetap tak berputus asa. Berulang alik ke hospital setiap hari, hantar susu, hantar pampers, belai2 Baby D sambil berangan2 dah nk bawak Baby D balik dah dalam masa terdekat ni.. �� . Walaupun Mama Abah sudah bersedia dari awal kelahiran Baby Danial dgn apa saja kemungkinan, tapi dalam masa yg sama Mama Abah sentiasa mengharapkan keajaiban dari ALLAH & doa dari semua utk mengubah takdir anak comel Mama ni. Tapi apakah daya, kita merancang dengan cita-cita, tp ALLAH merancang dengan cintaNYA . Dengan pendarahan di kepala, pendarahan di paru2, jangkitan kuman, komplikasi pada hati.. ya ALLAH.. gundahnya hati kami saban hari hanya ALLAH yang tahu. Dan akhirnya, ALLAH ambil dia utk bermain2 di Taman SyurgaNYA . Damailah di sana sayang. Mama Abah redha dengan ketentuan ALLAH. Apa yg ALLAH takdirkan... itulah yg terbaik utk kita. Mama Abah yakin dgn janjiNYA. Anak Mama di tempat yg paling baik skrg ni. Dah tiada siapa nak cucuk2, ambil darah, ikat2 tangan dia lagi k. Anak Mama berseronoklah di sisiNYA sehingga kita sekeluarga disatukan semula suatu hari nanti, inshaALLAH. Sayang Sangat Baby D Mama LillahiTaala �� . Mama 30/12/2019 . Ps; Terima Kasih @pakarbatu utk batu nesan arwah Baby D ��

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Seperti ditukil dalam laporan Astro Awani, anak Abby, Muhammad Danial Firman menghembuskan nafas terakhir pada 7 Disember lalu ketika Abby sedang mengerjakan umrah bersama keluarganya di Tanah Suci Makkah.

Muhammad Danial Firman dilahirkan secara pembedahan pada 27 September lalu dengan berat 535 gram ketika kandungan Abby mencecah lima bulan dan setelah beliau mengalami turun darah akibat tekanan darah tinggi.

Menurut Astro Awani, Abby dan suaminya, Muhammad Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia.

Menerusi perkahwinan pertama, Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan