Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

ABBA kembali tersenarai dalam carta muzik UK selepas 40 tahun

Lagu single terbaru dari kumpulan ABBA termasuk dalam senarai 10 terbaik carta muzik bulan ini dengan lagu "Don't Shut Me Down".

Anggaran Waktu Membaca:

BRITAIN: Lagu single terbaru dari kumpulan ABBA termasuk dalam senarai 10 terbaik carta muzik bulan ini dengan lagu "Don't Shut Me Down".

Lagu berkenaan menduduki tempat ke-9 dalam senarai lagu single rasmi United Kingdom, berdasarkan penjualan dalam talian dan jumlah penstriman.

Ini merupakan kali pertama kumpulan dari Sweden itu tersenarai selepas hampir 40 tahun.

Kali terakhir kumpulan itu tersenarai dalam carta muzik Britain adalah pada Januari 1982 menerusi lagu "One Of Us".

Kumpulan tersebut, yang ahlinya kini menginjak usia 70-an tahun bakal mengeluarkan album terbaru mereka pada November ini.

Single kedua mereka, "I Still Have Faith In You," mendapat tempat ke-14 dalam carta berkenaan.

Kemunculan semula kumpulan itu turut menaikkan kembali lagu-lagu lama mereka ke dalam carta seperti album kompilasi lagu terbaik dari tahun 1992, "ABBA Gold" pada kedudukan kelima.

Kumpulan itu turut mendedahkan bahawa mereka akan mengadakan konsert "ABBA Voyage" yang mengimbau kembali konsert terbaik mereka pada tahun 1979.

Konsert tersebut dijadual akan diadakan di London pada Mei tahun depan di mana ahli kumpulan itu akan melakukan persembahan secara digital menggunakan teknologi hologram.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan