Images
  • Aamir Khan
    Bintang Bollywood Aamir Khan. (Gambar: STR / AFP)

Aamir Khan positif COVID-19; kini berkurung di rumah

INDIA: Bintang Bollywood, Aamir Khan, sedang mengasingkan dirinya di rumah setelah diuji positif COVID-19.

Demikian menurut seorang jurucakap hari ini (25 Mac).

Jurucakap itu menambah Aamir Khan sedang "mematuhi semua protokol dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja" dan menggesa mereka yang merupakan kontak rapat pelakon itu supaya menjalani ujian sebagai langkah berjaga-jaga.

Aamir Khan, 56 tahun, adalah selebriti terkini Bollywood yang dijangkiti COVID-19. Pelakon lain seperti Ranbir Kapoor dan Kartik Aaryan diuji positif awal bulan ini.

Bulan Julai lalu, keluarga berangkai pelakon Amitabh Bachan, termasuk dirinya sendiri dan anaknya Abishek, juga terjangkit virus tersebut.

Menurut laporan media India, projek terbaru Aamir Khan adalah Laal Singh Chadda, iaitu pembikinan semula filem Forrest Gump.

Filem itu sedang dalam proses pasca produksi dan ia turut dibintangi Kareena Kapoor.

Ia dijadual ditayangkan pada Disember tahun ini.

Aamir Khan juga membintangi beberapa filem pecah panggung sepanjang kerjayanya, termasuk Dangal, Lagaan dan PK.

Beliau juga popular di merata dunia dan mempunyai jutaan peminat di laman Weibo China.

- Agensi berita/NK/nk

Top