Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

5 Soalan Bersama…Phewiiit! Amy Search

Tiada siapa yang dapat menafikan kehebatan penyanyi rock ini! 

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama…Phewiiit! Amy Search

Amy Search. (Gambar: aku.amysearch/Instagram)

Diterbitkan : 12 Dec 2018 12:06AM Dikemas Kini : 12 Dec 2018 12:20AM

BERITAmediacorp: Tiada siapa yang dapat menafikan kehebatan penyanyi rock ini! Orangnya kurus, dan nampak lebih muda dari usianya, walaupun kini sudah berusia 60 tahun dan menjadi seorang datuk. Namun vokalis rock unggul, Amy Search masih lagi diminati ramai dan memukau dengan lagu-lagu hitnya sehingga kini seperti Fantasia Bulan Madu, Rozana dan Meniti Titian Usang.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman sudah berkecimpung di dalam dunia seni suara hampir 4 dekad lamanya. Bapa kepada 5 orang anak ini juga kini giat menjadi usahawan menjual kopi jenamanya sendiri, Phewiiit Coffee Co by Amy.

Ternyata Amy Search seorang yang berterus terang, lemah-lembut, namun tetap berwawasan. Beliau juga boleh hidup tanpa telefon bimbit serta lebih menghargai kehidupan dan menghabiskan masa bersama keluarganya.

BERITAMediaCorp bertemu empat mata dengan Amy Search dalam suasana penuh santai di Wisma Geylang Serai (WGS) baru-baru ini dan bertanyakan 5 Soalan ini kepada beliau…

(Gambar: aku.amysearch/Instagram)

SOALAN 1

BERITAmediacorp: Apakah 5 perkara yang anda tidak boleh hidup tanpanya?

AMY SEARCH: Saya tidak boleh hidup tanpa Asam Pedas! Mesti nak ada hari-hari! Saya memang favorit hidangan Asam Pedas, mana-mana pergi pun mesti nak cuba dan makan sajian ini. Kedua, saya mesti nak tengok depan mata muka ketiga-tiga anak-anak saya yang masih membesar ini. Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan yang bongsu, Qada At-Tameemi. Ketiga, saya tak boleh dan tak suka duduk diam dalam rumah. Mesti nak buat sesuatu. Saya tak suka duduk rileks saja dan tak melakukan apa-apa kerja, nanti saya bosan.

Keempat, saya mesti nak dengar at least satu lagu saya sendiri dalam sehari. Dan yang kelima dan terakhir, adalah jiwa rock saya. Jiwa rock dan saya tidak boleh dipisahkan. Mustahil! Kerana muzik rock sudah menjadi sebahagian dan sebati dalam jiwa dan kehidupan saya sendiri. Sekadar nak beritahu, saya boleh hidup tanpa handphone, dan tak bergantung pada gajet ini sepenuhnya.

(Gambar: BERITAmediacorp)

SOALAN 2

BERITAmediacorp: Sekiranya anda tidak menjadi seorang penyanyi rock, apa agaknya pekerjaan anda sekarang? Mengapa?

AMY SEARCH: Berkemungkinan besar, saya masih lagi menjadi seorang welder (pematri) atau jurukimpal jika tidak menjadi seorang penyanyi. Kerana itulah kemahiran saya, mungkin juga saya akan bekerja di tapak pembinaan di Singapura, atau mungkin di negara sendiri.

SOALAN 3

BERITAmediacorp: Jika anda boleh putarkan semula masa yang lalu, apakah yang ingin anda ubah atau tukar?

AMY SEARCH: Jika saya boleh turn back the clock, saya ingin menembusi pasaran Indonesia dengan lebih mendalam lagi. Ketika lagu ‘Isabella’ meletop pada tahun 1989 dulu, di rantau Malaysia, Singapura dan khususnya di Indonesia, kami sepatutnya menetap dan meluangkan banyak masa di Indonesia, menetap lebih kurang tiga tahun di sana. Kerana jika kami sempat berbuat demikian dulu, mungkin pengaruh dan peminat kumpulan Search di Indonesia akan lebih meluas dan lebih besar lagi di waktu ini.

(Gambar: BERITAmediacorp)

SOALAN 4

BERITAmediacorp: Rahsia kejayaan anda sehingga kini?

AMY SEARCH: Selalunya saya akan dream dan saya suka membina impian-impian yang baru. Saya rasa segalanya bermula dengan impian sebelum ianya menjadi kenyataan. Saya tidak pernah give up atau menyerah kalah, dan kita kena banyak bersyukur. Saya sangat bersyukur kerana diberikan bakat dan kesempatan dalam kehidupan saya ini.

SOALAN 5

BERITAmediacorp: Superman atau Ultraman? Kenapa?

AMY SEARCH: Mestilah Ultraman! Sebab saya suka segalanya dari Jepun. Itulah salah satu negeri yang saya amat minati sehingga kini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/WA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan