Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

5 Soalan Bersama... Kaka Azraff

Lebaran tahun ini nampaknya bertambah manis lagi bagi personaliti kecil molek dari Malaysia, Kaka Azraff. 

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama... Kaka Azraff

Kaka Azraff. (Gambar: Kaka Azraff/Facebook)

BERITAmediacorp: Lebaran tahun ini nampaknya bertambah manis lagi bagi personaliti kecil molek dari Malaysia, Kaka Azraff.

Jika tahun lalu beliau beraya secara solo, Kaka Azraff (atau sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff) yang diijab kabulkan pada Disember lalu, kini juga sedang hamil 4 bulan.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Bukan Hal Aku' dan 'Sibuk' itu juga bakal melancarkan 'single' terbarunya selepas Aidilfitri nanti.

Baru-baru ini, kami bertemu empat mata dengan Kaka Azraff untuk mendapatkan perkembangan terbaru beliau. Dalam kesempatan itu juga, kami mencabarnya dalam permainan soal jawab pantas kami.

Ikuti wawancara santai beliau bersama wartawan kami, Syawal Yusoff.

Kaka Azraff. (Gambar: Kaka Azraff/Facebook)

(Gambar: Kaka Azraff/Facebook)

SOALAN 1

SYAWAL: Kalau Kaka Azraff bukan artis, Kaka Azraff mahu jadi...

KAKA: Kaka akan jadi penyanyi latar. Kaka akan berada dalam industri juga tapi di belakang tabir.

SOALAN 2

SYAWAL: Siapakah idola antarabangsa Kaka Azraff dan mengapa?

KAKA: Okay… ramai sebenarnya yang Kaka suka kalau antarabangsa tapi salah satunya adalah Rihanna kerana Kaka rasa dia sentiasa keluar dengan sesuatu yang segar, yang Kaka rasa sangat unik dan sentiasa memberi faktor wow kepada orang bila mendengar.

SOALAN 3

SYAWAL: Apakah bakat terpendam yang orang tidak tahu tentang Kaka Azraff?

KAKA: Ohh… bakat terpendam yang orang tak tahu mungkin Kaka pandai masak.

SYAWAL: Wah! Pernah masuk 'Ketuk-Ketuk Ramadan'?

KAKA: Oh pernah! Kaka pernah masuk Ketuk-Ketuk Ramadan. Kaka masak Ayam Goreng Telur Masin.

SYAWAL: Resepi sendiri?

KAKA: Itu resepi sendiri. Tapi sebenarnya itu dah popular lah kan so tak boleh nak tuntut resepi sendiri sangat lah. (ketawa)

SOALAN 4

(Gambar: BERITAmediacorp)

SYAWAL: Apakah kuih atau hidangan raya kegemaran Kaka Azraff?

KAKA: Kalau kuih Kaka suka kuih ‘spry’. Kuih ini adalah kuih resepi family Kaka dan memang tak boleh dapat dekat mana-mana. Ia adalah kuih yang diperbuat daripada lemak kacang soya jadi ia sangat sedap dan Kaka harap satu hari nanti Kaka akan jual dan selain daripada itu (dengan bersungguh-sungguh), kalau juadah hari raya, Kaka suka kuah kacang ayam!

SOALAN 5

SYAWAL: Jikalau Kaka Azraff adalah seorang watak animasi, siapakah menjadi pilihan?

KAKA: (Dengan penuh bersemangat) Ooh! Kalau Kaka seorang watak animasi, Kaka ingin menjadi (terfikir sebentar)….'Powerpuff Girls'!

SYAWAL: Yang mana satu?

KAKA: Yang warna merah jambu, yang comel tu, 'Blossom'!

SYAWAL: Kenapa watak 'Blossom'?

KAKA: Sebab kecil-kecil Kaka memang suka sangat 'Powerpuff Girls' dan dia seorang yang Kaka rasa itu adalah Kaka. Dia macam 'blur' tapi dalam masa yang sama, dia fokus. Jadi itulah "Blossom' dan kalau orang nak tengok perangai Kaka, macam tu juga lah sebenarnya.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan