Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

40 tahun tidak pernah bertemu, kakak sulung Saiful Apek pulang ke Rahmatullah

Pelawak popular Malaysia, Saiful Apek, berkongsi rasa dukanya setelah kehilangan kakak sulungnya, Fatimah Be Hussain, pada Sabtu lalu (25 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
40 tahun tidak pernah bertemu, kakak sulung Saiful Apek pulang ke Rahmatullah

Kakak sulung Saiful Apek, Fatimah Be Hussain. (Gambar: @saifulapek/Instagram)

Diterbitkan : 01 Sep 2018 07:10PM Dikemas Kini : 01 Sep 2018 07:29PM

KUALA LUMPUR: Pelawak popular Malaysia, Saiful Apek, berkongsi rasa dukanya setelah kehilangan kakak sulungnya, Fatimah Be Hussain, pada Sabtu lalu (25 Ogos).

Menurut laporan Astro Awani, Apek mengongsi bahawa beliau kali terakhir bertemu kakaknya itu sekitar dua tahun lalu, dalam keadaan kurang sihat.

"Kakak sulung saya (kandung sebapa, lain ibu) telah pulang ke Rahmatullah pada 25/8/2018 (Sabtu lepas) pukul 3.00 petang dan telah selamat dikebumikan di Bukit Hijau, Baling.

"Kali terakhir jumpa dua tahun lepas, dalam keadaan beliau tidak berapa sihat," tulisnya di Instagram.

Menceritakan kembali, Apek mengetahui pertalian darahnya terputus sejak 40 tahun lalu ketika mempromosikan filem pada 2008, lapor Astro Awani.

"Setelah berpisah hampir lebih 40 tahun, berjumpa buat kali pertama semasa sedang promosi filem di Penang lebih kurang 10 tahun dulu (2007/2008).

"Ketika itu saya sedang berada di dalam kanopi belakang pentas dalam sebuah mall, bila saya diberitahu oleh seorang pengawal keselamatan, ada seorang perempuan berumur teringin nak jumpa dan katanya dia kakak sulung saya," kata beliau.

Astro Awani juga menukil Apek sebagai berkata: "Mula-mula terfikir juga, saya ni yang paling sulung dan macam mana pula saya boleh ada kakak?

"Saya pun minta guard tu bawa masuk dan terus beliau menerpa memeluk saya dalam keadaan teresak-esak, hingga kena tunggu hampir 15 minit untuk tenangkan keadaan sebab tak dapat nak faham apa yang dicakapkan dalam keadaan sebegitu.

"Akhirnya diceritakan situasi dan siapa dirinya yang sebenar. Lepas tu, saya pula yang peluk sambil menangis teresak-esak.

"Apa yang boleh saya katakan di sini, tiada kejadian yang dijadikan kebetulan."  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan