Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

4 finalis jejaka berentap bagi juara Anugerah 2021

Anugerah 2021 bakal melabuhkan tirainya dengan menobatkan seorang juara lelaki pada Jumaat (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Apr 2021 12:01AM Dikemas Kini : 09 Apr 2021 12:02AM

SINGAPURA: Anugerah 2021 bakal melabuhkan tirainya dengan menobatkan seorang juara lelaki pada Jumaat (9 Apr).

Dari minggu pertama mereka memberikan persembahan bertenaga dan kini tinggal empat lelaki, yang akan bersaing bagi menambat hari panel hakim serta penonton di Singapura.

"Saya rasa memang Anugerah kali ini memang dinanti-nantikan ramai sebab sudah lama kita tidak mengadakannya dan pada kali ini saya rasa dari segi prestasi dan dari segi bakat para peserta, dari peringkat awal lagi nampaklah ada juga peningkatan yang begitu tinggi sekali dan mereka adalah lebih mantap, lebih cemerlang dan rata-rata mereka mempunyai latar belakang muzik," kata Cik Sabariah Ramilan, Ketua, Audiens Melayu & Eaglevision, Mediacorp.

Tiga finalis - yakni O.M.A, Saát, Ace Iskandar dan Raliff Ismail semuanya dipilih jemaah pengadil.

Keputusan bagi finalis keempat diumumkan hanya Selasa lalu (30 Mac).

Tempat tersebut yang mana 60 peratus undiannya merupakan daripada penonton, diisi Raliff Ismail.

"Saya rasa terharu kerana saya dapat menghambat hati penonton daripada minggu pertama sampai sekarang, daripada malam penyingkiran itu, saya dapat undian daripada mereka jadi saya gembiralah", katanya.

Peringkat akhir Anugerah 2021 akan disiarkan secara langsung bermula 8.30 malam, selama dua jam di Suria.  

Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan