Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

4 dokumentari drama papar pengalaman, pengorbanan pegawai perkhidmatan awam di tengah COVID-19

Empat dokumentari drama diterbitkan bagi merakam pengalaman dan pengorbanan para pegawai Perkhidmatan Awam dalam membantu masyarakat Singapura mengharungi pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Empat dokumentari drama diterbitkan bagi merakam pengalaman dan pengorbanan para pegawai Perkhidmatan Awam dalam membantu masyarakat Singapura mengharungi pandemik COVID-19.

Diberi nama "As One", siri tersebut yang diterbitkan bersempena dengan sambutan Minggu Perkhidmatan Awam 2020 pada minggu ini berharap kisah-kisah yang dipaparkan akan menjadi peran contoh dan sumber inspirasi kepada para penonton.

TARIQ MANSOR SALAH SEORANG PENGARAH

Salah seorang daripada barisan pengarah bagi dokumentari khas ini ialah Encik Tariq Mansor.

Encik Tariq merupakan seorang yang menguruskan syarikat penerbitan Cutscene, menghasilkan video web, video-video dan dokumentari.

Bagi siri terseut, Encik Tariq menghasilkan "Enjoy Your Stay", di mana beliau menyerlahkan kisah sebenar seorang pengarah acara sukan, Cik Ling Lee, yang menggalas tugas baru dalam sektor pengurusan hotel sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 bagi menguruskan rakyat Singapura yang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari.

Encik Tariq yang juga adalah penulis bagi dokumentari drama itu, mengambil masa selama tiga bulan untuk menghasilkan karyanya.

Berkongsi cabarannya, beliau berkata menjaga isu-isu sensitif dan pada masa yang sama mengekalkan fakta agar cerita kekal organik merupakan salah satu daripada cabaran yang dihadapi beliau sepasukan.

"Pekerjaan mereka (pegawai Perkhidmatan Awam) secara meluas tidak diketahui oleh masyarakat awam, jadi saya rasa penting untuk memberitahu masyarakat tentang usaha pegawai ini di sebalik tabir untuk meningkatkan kesedaran dan juga memberi harapan," kongsi beliau dengan pihak kami.

Disokong oleh Gov.sg, inisiatif oleh Viddsee ini juga menampilkan para pembuat filem Singapura yang telah mencipta nama di luar negara, seperti K Rajagopal dan Ellie Ngim.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan