Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

3 tahun tidak jumpa, Nabila Huda sangat-sangat rindukan Amy Search

Pelakon KL Gangster Underworld itu bagaimanapun tidak mendedahkan punca sebenar kejadian tersebut berlaku, lapor Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
3 tahun tidak jumpa, Nabila Huda sangat-sangat rindukan Amy Search

Nabila Huda. (Gambar: kupu_kupu/ Instagram)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 09:41PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 09:49PM

MALAYSIA: Pelakon Nabila Huda mendedahkan sudah tiga tahun beliau tidak bertemu bapanya, yang juga merupakan penyanyi rock terkenal, Amy Search. Ini menurut Astro Awani.

Nabila, 34 tahun tidak menafikan hubungan mereka agak dingin semenjak beberapa tahun kebelakangan ini dan mengakui cukup merindui bapanya itu.

"Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa... Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya," kata Nabila sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar.

Pelakon KL Gangster Underworld itu bagaimanapun tidak mendedahkan punca sebenar kejadian tersebut berlaku, lapor Astro Awani.

Bagaimanapun pada Jun lalu, Nabila pernah memuat naik beberapa status di InstaStory yang meluahkan perasaannya berhubung masalah itu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan ibu tirinya, Cik Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Norish.

Menurut Astro Awani, oleh kerana Nabila tidak mahu memanjangkan isu tersebut demi menjaga hati ramai pihak, beliau memohon agar para peminatnya mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

"Kalau boleh saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu. Cuma saya minta doakan," katanya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan