Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

3 legenda kongsi pentas dalam konsert amal

Kehebatan penyanyi lama sememangnya tiada tandingan dan semangat yang mereka tunjukkan perlu dicontohi penyanyi baru. Semua ini ada pada tiga nama penyanyi legenda iaitu Ramli Sarip, Khatijah Ibrahim dan Francissca Peter.

Anggaran Waktu Membaca:
3 legenda kongsi pentas dalam konsert amal

Sidang media konsert 'A Night with Legends'. (Gambar: YouTube/MalaysiaGazette TV)

Diterbitkan : 17 May 2019 12:27PM Dikemas Kini : 17 May 2019 12:40PM

KUALA LUMPUR: Kehebatan penyanyi lama sememangnya tiada tandingan dan semangat yang mereka tunjukkan perlu dicontohi penyanyi baru.

Semua ini ada pada tiga nama penyanyi legenda iaitu Ramli Sarip, Khatijah Ibrahim dan Francissca Peter.

Mereka tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena seni suara dengan profil karier yang megah. Malah, nama mereka turut disanjungi dalam kalangan generasi baru sekali gus membuktikan mereka layak dipanggil legenda.

Bakal berkongsi pentas bersama pada acara 'A Night with Legends' di Pusat Persidangan Desaru Coast, Johor pada 6 Julai ini, Francissca sangat teruja dengan gabungan itu, menurut laporan Harian Metro.

“Rasanya sudah lama sangat kami tidak berkongsi pentas bersama. Apalagi digabungkan dengan rakan seangkatan yang hebat-hebat ini, saya pasti acara itu akan menjadi kenangan paling indah buat yang hadir.

“Saya sendiri sudah tidak sabar untuk menyanyikan lagu bersama Jamal Abdillah yang turut membuat persembahan nanti. Bertahun lama rasanya kami tidak menyanyikan lagu itu bersama,” katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sekadar Di Pinggiran itu menganggap gabungan itu adalah percaturan terbaik untuk acara berkenaan.

“Pada tahap ini, penonton boleh memberikan kepercayaan kepada corak persembahan bukan saya saja namun tiga penyanyi lain yang pastinya akan memukau. Kami berjanji akan buatkan penonton pulang dengan hati yang puas nanti,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan Harian Metro, Ramli berkata, dia mahu tampil dengan persembahan secara ‘all out’ pada malam itu. Sebagaimana selalu dilakukannya pada setiap persembahan, dia mahu berikan kualiti seperti konsert besar.

“Acara ini mungkin sekadar acara yang biasa di mata ramai. Namun, buat saya, tiada alasan untuk memberikan persembahan santai saja sebaliknya perlu memberikan persembahan yang penuh bertenaga.

“Apalagi, untuk acara berbayar sebegini, tentu sekali tetamu yang hadir mahu hiburan bertaraf tinggi. Oleh itu, saya akan memberikan tambahan lagi dalam setiap lagu yang dinyanyikan nanti,” katanya.

Persembahan amal itu bertujuan mengutip dana bagi membantu Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. Maklumat mengenai pembelian tiket atau meja boleh didapatkan dengan melayari laman web: www.desarucoast.com.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan