Images
  • MasterChef
    Nor Hadayah Mohamad antara 12 peserta MasterChef Singapore musim 2. (Gambar-gambar: Mediacorp) 

12 peserta bersaing di MasterChef S'pore musim 2, termasuk penyanyi & doktor gigi

SINGAPURA: Dua belas peserta berjaya menumpaskan ratusan orang yang lain untuk melangkah setapak ke depan demi merebut gelaran MasterChef Singapore dalam musim kedua pertandingan itu.

Semua 12 peserta itu didedahkan semasa episod pertama yang disiarkan di saluran 5 pada Isnin malam (21 Feb) dan mereka termasuk seorang penyanyi, suri rumah, doktor gigi dan bekas pegawai tentera yang kini pereka sulaman.


12 peserta MasterChef Singapore musim 2. 

Mereka adalah: Pramugari Mitchelle Chua, 46 tahun; guru tuisyen Vasunthara Ramasamy, 39 tahun; suri rumah Nor Hadayah Mohamad, 41 tahun; penyanyi Inch Chua, 31 tahun; pengurus operasi Danial Khalis Aziz, 30 tahun; dan doktor gigi Tan Oon Yong, 32 tahun.

Selain itu: guru tuisyen bahasa Cina Leon Lim, 32 tahun; pengurus hotel Melissa Lim, 29 tahun; mahasiswa Derek Cheong, 23 tahun; bekas pegawai tentera yang kini seorang pereka sulaman Jai Ganesh, 31 tahun; pengarah penjualan Trish Yee, 31 tahun; dan broker hartanah Zephyr Eng, 30 tahun.


Inch Chua (kiri) dan Mitchelle Chua juga antara 12 peserta MasterChef Singapore musim 2. 

Meskipun tidak semua orang muncul lama di kaca televisyen semasa episod pertama semalam, jangan bimbang kerana anda akan dapat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi dalam episod-episod akan datang.

Contohnya, salah seorang peserta, Danial, merupakan anak kepada salah seorang daripada 10 peserta terakhir dalam musim pertama, Diana Ismail; manakala Oon Yong telah cuba untuk menyertai MasterChef Australia dalam tahun 2018 tetapi tidak berjaya melepasi peringkat uji bakat.

Semasa sesi wawancara terdahulu dengan CNA Lifestyle, penyanyi Inch mendedahkan bahawa beliau teringin mengadakan satu rancangan "ala tukang masak masyhur Anthony Bourdain di mana budaya, muzik, kemampanan dan makanan disatukan".


Pengadil MasterChef Singapore Bjorn Shen (kiri) dan Audra Morrice (kanan). 

Para pengadil Audra Morrice, Bjorn Shen dan Damian D’Silva kembali bagi musim kedua setelah muncul dalam musim pertama pada 2018, yang mana pengurus perniagaan IT Zander Ng ditabalkan sebagai pemenang.


Pengadil MasterChef Singapore (dari kiri) Damian D'Silva, Audra Morrice dan Bjorn Shen. 

Sebanyak 10 episod akan ditayangkan bagi musim kedua ini berbanding lapan dalam musim pertama.

Pemenangnya akan membawa pulang wang tunai S$10,000 dan hadiah-hadiah lain.

- CNA/NK/nk

Top