Images
  • dance

11 kumpulan berentap bagi rebut gelaran juara rancangan Dansa Mania

SINGAPURA: 11 kumpulan bakal berentap bagi merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai S$10,000 dalam rancangan realiti terbaru Suria, Dansa Mania.
Pertandingan menari berkumpulan itu disiarkan jam 8.30 Isnin (4 Feb) dan turut menampilkan peserta berbilang kaum.

Dansa Mania, menarik penyertaan 100 kumpulan apabila sesi adu bakat dibuka.

Namun, hanya 11 kumpulan yang terpilih. Setiap kumpulan menampilkan tiga hingga 10 bakat muda yang berusia 13 tahun ke atas.

Rancangan terbitan Suria dan syarikat penerbitan Mediamorphosis itu menampilkan barisan juri tetap, Alif Aircho, Gani Karim dan Najip Ali. Selama lapan minggu, para peserta akan bersaing dan dicabar menari dalam pelbagai genre dan tema.

"Sambutannya hangat dengan sokongan penonton dan ibu bapa dan keluarga. Jadi matlamat kami ialah untuk mengambil bakat ini dalam satu rancangan televisyen di mana mereka dapat tonjolkan kebolehan mereka dalam pentas atau arena yang baru di televisyen," kata Penerbit Eksekutif Mediamorphosis, Cik Fauziah Hamid.

Untuk mengetahui siapakah di kalangan 11 kumpulan ini bakal menjulang gelaran juara pertama Dansa Mania, pastikan anda ikuti rancangan realiti terbaru di Suria itu, setiap Isnin 8.30 malam. 

- BERITAmediacorp/na

Top