Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

10 hari tayangan, Munafik 2 kutip RM30 juta

Dalam tempoh hanya 10 hari tayangan, filem Munafik 2 yang mempunyai unsur seram dan keagamaan terbitan Skop Productions itu berjaya meraih kutipan RM30 juta (S$10 juta). 

Anggaran Waktu Membaca:
10 hari tayangan, Munafik 2 kutip RM30 juta

Filem Munafik 2 keluaran Skop Productions. (Gambar: Munafik 2 Official/Facebook)

Diterbitkan : 08 Sep 2018 09:55PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 10:00PM

MALAYSIA: Dalam tempoh hanya 10 hari tayangan, filem Munafik 2 yang mempunyai unsur seram dan keagamaan terbitan Skop Productions itu berjaya meraih kutipan RM30 juta (S$10 juta).

Menurut Astro Awani, pengarah filem Munafik 2, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukurnya dan berterima kasih atas sokongan para penonton.

Beliau turut mengatakan di laman Instagramnya bahawa filem Munafik 2 meraih kutipan pecah panggung dan merupakan filem Melayu terpantas yang meraih kutipan RM30 juta (S$10 juta) dalam hanya 10 hari.

Menurut Astro Awani, selain Syamsul yang memegang watak utama, Munafik 2 turut dibintangi barisan pelakon yang terdiri daripada Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.

Astro Awani melaporkan bahawa filem Munafik 2 yang ditayangkan sejak 30 Ogos lalu ternyata pilihan nombor satu para penonton.  

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan