Images
  • young talents
    Pusingan akhir 'Young Talents Project' akan berlangsung di Dewan Konsert Victoria pada 14 Julai. 

10 finalis cilik cuba tambat hati dalam pusingan akhir 'Young Talents Project'

SINGAPURA: Pertandingan tahunan muzik klasik Mediacorp anjuran stesen radio Symphony 924, kembali buat kali kelapan tahun ini.

Orang ramai boleh menyaksikan sendiri kehebatan 10 finalis cilik dalam pusingan akhir 'Young Talents Project' di Dewan Konsert Victoria pada 14 Julai.

Dua pemenang, masing-masing dalam kategori Junior dan Senior, akan membawa pulang hadiah bernilai sehingga $10,000.

Juara pertandingan pula berpeluang untuk menimba pengalaman di London, di mana mereka akan bertemu empat mata dengan para pelajar akademi muzik di sana, di samping menonton sebuah konsert.  

- CNA/AQ/ai

Top