Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gerai Putu Piring Haig Rd penjaja Melayu/Islam tunggal diiktiraf Michelin

Gerai Putu Piring yang terletak di Haig Road mendapat penilaian berprestij dari Panduan Michelin yang dibentangkan siang tadi (30 Mar).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Gerai Putu Piring yang terletak di Haig Road mendapat penilaian berprestij dari Panduan Michelin yang dibentangkan siang tadi (30 Mar).

Ini secara tidak langsung menjadikan Putu Piring Haig Road sebagai gerai penjaja Melayu/Islam setempat tunggal yang tersenarai dalam pengiktirafan di peringkat antarabangsa itu.

Dianjurkan buat kali kedua, Buku Panduan Michelin dari Perancis, mengiktiraf para penjaja dan restoran yang menawarkan makanan bermutu tinggi pada harga yang berpatutan, di kota utama dunia pada setiap tahun.

INGIN JADIKAN PUTU PIRING SEBAGAI MAKANAN IKONIK S'PURA

Cik Aisha Mohd Hashim merupakan generasi keempat yang meneruskan perniagaan hidangan tradisional putu piring neneknya, yang bermula lebih 35 tahun lalu di kaki lima di daerah Jalan Geylang.

Namun siapa sangka dengan bahan asas seperti tepung beras, gula melaka dan kelapa parut, hidangan tradisional putu piring ini, menerima pengiktirafan daripada Panduan Michelin, sebagai satu di antara 15 hidangan Singapura lain yang disenaraikan ke dalam buku tersebut.

"Sebenarnya saya bangga dan berbesar hati kerana bukan saya sebenarnya ingin putu piring ini menjadi salah satu, kalau datang Singapura apa nak makan? Putu piring nombor satu, mesti rasa itu yang saya nak buat di Singapura kerana saya faham di Malaysia ataupun di seberang tambak semua, ada tapi mereka tidak begitu terkenal dengan putu piring," kongsinya bersama pihak BERITAMediacorp.

Amat berbesar hati dengan pencapaiannya itu, Cik Aisha bercita-cita untuk terus meningkatkan mutu putu piringnya, malah ingin menjadikan hidangan utama perniagaanya itu sebagai juadah ikonik di Singapura dan rantau ini.

INGIN BUKA LEBIH BANYAK CAWANGAN PUTU PIRING

Sejak diiktiraf pada tahun lepas, Cik Aisha menyaksikan jualannya meningkat sebanyak 10 hingga 20 peratus. Ini walaupun beliau menjual putu piring dengan jumlah yang sedikit - iaitu dengan hanya 2,000 keping putu piring pada setiap hari.

Memandang ke hadapan, pemilik gerai yang terletak di Haig Road ini bercadang untuk mengembangkan cawangannya dalam masa 5 tahun akan datang.

BISMILAH BIRYANI DIIKTIRAF BIB GOURMAND DUA TAHUN BERTURUT-TURUT

Bagi Bismillah Biryani yang menjual hidangan beriani daging dan ayam asli serta Kulfi selama lebih 15 tahun, mereka mendapat pengiktirafan Bib Gourmand buat dua kali berturut-turut.

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan