Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

YouTube perlu 'peraturan dan undang-undang' baru: Eksekutif

Perkara ini dikongsikan Ketua Pegawai Produk YouTube Neal Mohan dalam satu wawancara.

Anggaran Waktu Membaca:
YouTube perlu 'peraturan dan undang-undang' baru: Eksekutif

Gambar fail yang menunjukkan dua orang sedang menggunakan platform YouTube. (Gambar: Dado Ruvic)

Diterbitkan : 29 Jul 2019 02:41PM Dikemas Kini : 29 Jul 2019 02:44PM

PARIS: Platform kongsi video YouTube sedang berusaha untuk menyekat mereka yang menggunakan platform itu untuk menggalak sifat perkauman, ucapan berbaur kebencian, keganasan dan berita palsu sedang kritikan terhadap syarikat miilk Google itu semakin hebat.

Perkara ini dikongsikan Ketua Pegawai Produk YouTube Neal Mohan dalam satu wawancara.

"YouTube sudah berkembang luas seperi sebuah bandar besar. Lebih ramai dalang kini memasuki ruang ini. Dan seperti bandar-bandar besar yang lain, anda memerlukan set peraturan dan undang-undang baru serta semacam rejim pengawalan," kata Encik Mohan.

Dengan tekanan terhadap YouTube dan wadah-wadah media sosial lain semakin meningkat, YouTube sedang berusaha mengekang aspek negatifnya sebelum pemerintah-pemerintah mengenakan peraturan lebih ketat.

Laporan media minggu lalu menyatakan syarikat Google sudah mencapai penyelesaian jutaan dolar dengan Suruhanjaya Perdagangan Federal Amerika Syarikat atas dakwaan mencabuli undang-undang privasi data kanak-kanak.

YouTube dan wadah-wadah lain juga pernah dilihat sebagai ruang menyebarkan konspirasi oleh golongan-golongan yang menafikan peristiwa Holocaust atau serangan 11 September serta untuk Nazi dan kumpulan pelampau kulit putih.

"Kami mesti menyesuaikan diri supaya dapat memastikan perkara itu tidak menjadi semakin berleluasa di platform kami," jelas Encik Mohan.

Sumber : AFP/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan