Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

YouTube larang iklan politik, minuman keras dan perjudian

YouTube yang dimiliki syarikat Alphabet, tidak lagi membenarkan iklan politik atau pilihan raya di bahagian atas lamannya.

Anggaran Waktu Membaca:
YouTube larang iklan politik, minuman keras dan perjudian

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 15 Jun 2021 02:10PM Dikemas Kini : 15 Jun 2021 02:17PM

WASHINGTON: YouTube yang dimiliki syarikat Alphabet, tidak lagi membenarkan iklan politik atau pilihan raya di bahagian atas lamannya. Larangan itu juga dikenakan terhadap iklan-iklan minuman keras, perjudian, ubat-ubatan preskripsi, menurutnya pada Isnin (14 Jun).

Dalam satu emel kepada para pengiklan, seperti yang dilihat oleh Reuters, YouTube menyatakan perubahan itu adalah lanjutan kepada langkah yang diambilnya tahun lalu untuk menghentikan tempahan bagi pengiklanan di bahagian atas lamannya untuk sehari penuh, seperti yang dilakukan oleh bekas Presiden Donald Trump untuk saratkan laman utama itu dengan iklan Pilihan Raya 2020. Ia sebaliknya, menggantikannya dengan format yang lebih tersasar.

"Kami senantiasa menyemak peraturan pengiklanan kami untuk memastikan adanya keseimbangan bagi pihak pengiklan dan pengguna," kata seorang jurucakap Google dalam kenyataan emel itu.

"Kami percaya pengemaskinian ini akan menjadi tambahan kepada perubahan yang kami lakukan tahun lalu bagi proses tempahan iklan untuk bahagian atas laman bagi mewujudkan pengalaman yang lebih baik buat pengguna," tambahnya.

Google menyatakan perubahan kepada unit pengiklanan utamanya itu, yang pertama kali dilaporkan oleh Axios, berkuat kuasa serta-merta.

Google menghentikan sementara iklan-iklan politik sewaktu pilihan raya Amerika Syarikat dan menjelang upacara angkat sumpah Presiden Joe Biden pada Januari tahun ini, menukil dasarnya berhubung acara-acara sensitif.

Sumber : Reuters/IZ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan