Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Warga Thai Siripong Toosaade menangi Cabaran Subaru Mediacorp

Warga Thailand, Siripong Toosade, hari ini (5 Nov) dinobatlan sebagai pemenang Cabaran Subaru Mediacorp selepas bertahan selama 76 jam 55 minit 5 saat. Beliau mendapat hadiah sebuah kereta Subaru bernilai S$76,800.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Nov 2019 10:44PM Dikemas Kini : 05 Nov 2019 10:50PM

SINGAPURA: Warga Thailand, Siripong Toosade, hari ini (5 Nov) dinobatlan sebagai pemenang Cabaran Subaru Mediacorp selepas bertahan selama 76 jam 55 minit 5 saat.

Beliau mendapat hadiah sebuah kereta Subaru bernilai S$76,800.

Tempat kedua jatuh ke tangan peserta Vietnam dan ketiga pula ialah Mazlinah Ahmad, peserta dari Singapura yang berusia 54 tahun. Beliau yang mencatat masa lebih 76 jam nampaknya tidak berputus asa.

"Saya akan kembali pada tahun depan. Mudah-mudahan saya dapat kalahkan rekod tahun ini," kata Cik Mazlinah.

Juara tahun ini, Siripong Toosade, yang mengalahkan 400 peserta kesemuanya jelas di awang-awangan dan berkata: "Saya sangat gembira!"

Ini kali kelima warga Thai itu mencuba nasib dalam pertandingan ini. Beliau juga adalah warga asing kedua yang memenangi pertandingan ini sejak 18 tahun lalu. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan