Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Warga emas tinggal bersama mumia ibu selama 30 tahun

Bayangkan wanita ini hidup bersama rangka ibunya yang telah meninggal dunia 30 tahun lalu tanpa sesiapa pun yang mengetahuinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas tinggal bersama mumia ibu selama 30 tahun

Gambar: East2West News

Diterbitkan : 28 Feb 2018 09:30PM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 10:26PM

MYKOLAIV, UKRAINE: Bayangkan wanita ini hidup bersama rangka ibunya yang telah meninggal dunia 30 tahun lalu tanpa sesiapa pun yang mengetahuinya.

Lebih menyayat hati, wanita yang berusia 77 tahun ini lumpuh di kedua belah kaki.

Mumia ibunya ditemui dalam sebuah apartmen di Ukraine selepas polis memecah masuk flat tersebut susulan aduan daripada jiran-jirannya yang prihatin akan keadaan beliau.

Wanita tersebut ditemui dalam keadaan sedar tetapi tempat tinggalnya dipenuhi sampah sarap. Rumahnya juga tidak mempunyai bekalan air, gas mahupun elektrik, menurut laporan Dailymail.

Gambar: East2West News

(Gambar: East2West News)

Menurut laporan polis pula, “pesara itu tidak boleh berjalan dan memerlukan bantuan segera.” Oleh itu, ambulans dikerah untuk membawanya ke hospital.

Ketika polis memeriksa sebuah bilik tidur, mereka terkejut apabila menemui mumia ibunya yang terbaring di atas sofa.

Rangka tersebut dipakaikan baju putih berserta penutup kepala dengan kasut biru dan stokin hijau.

“Wanita ini tinggal sendirian dengan mayat ibunya. Beliau tidak pernah bercakap dengan jiran-jirannya. Malah, beliau juga tidak pernah membuka pintu depan rumahnya,” demikian menurut laporan polis yang ditukil Dailymail.

Meskipun demikian, jiran tetangga berusaha untuk membantu dengan meninggalkan makanan di depan pintu rumah.

“Tiada siapa pun yang menyangka beliau tinggal bersama rangka ibunya. Rangka itu sudah dibawa untuk pemeriksaan forensik manakala wanita itu dirawat di hospital ,” kata polis.  

Sumber : Agensi berita/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan