Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita tuntut cerai kerana suami terlalu romantik

Seorang wanita memfailkan penceraian hanya kerana suaminya terlalu "romantik".

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita tuntut cerai kerana suami terlalu romantik

Keutamaan yang diberi kepada mobiliti sosial, perubahan nilai hidup antara faktor golongan usia 25-34 masih bujang. (Gambar Fail: AFP)

Diterbitkan : 24 Aug 2019 11:10PM Dikemas Kini : 25 Aug 2019 03:20AM

AMIRIAH ARAB BERSATU: Seorang wanita memfailkan penceraian hanya kerana suaminya terlalu "romantik".

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu muncul di sebuah mahkamah Sharia di Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan meminta diceraikan setelah hanya setahun bersama.

Beliau memberitahu mahkamah: "Saya dihimpit oleh kasih sayang dan cinta yang keterlaluan.

Beliau juga sanggup membantu saya membersihkan rumah."

Disebabkan sikapnya yang terlalu baik, ia membuat kehidupan si isteri sebagai "neraka", lapor Kaleej Times.

"Saya inginkan pergaduhan, tetapi ia sesuatu yang mustahil kerana suami saya seorang yang romantik dan selalu memaafkan saya dan memberikan saya banyak hadiah," menurut wanita itu.

"Saya mahu perbincangan yang sebenar, mahupun pertengkaran, tapi bukan kehidupan yang tanpa pergaduhan."

Menurut suaminya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya ingin menjadi suami yang "sempurna dan baik".

Beliau meminta mahkamah untuk menasihati isterinya agar menarik balik kes tersebut.

"Tidak adil untuk menilai perkahwinan pada tahun pertama, dan semua orang belajar daripada kesilapan masing-masing," menurut sang suami kepada mahkamah.

Mahkamah itu memerintahkan agar kes tersebut ditangguhkan untuk memberikan pasangan itu peluang untuk berbaik-baik semula. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan