Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita jadikan uri tembuninya sebagai minuman 'smoothie', berikan kepada suami, anak

Bayangkan, uri tembuni dijadikan minuman 'smoothie' dan ia diberi minum kepada sang suami dan anaknya sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita jadikan uri tembuninya sebagai minuman 'smoothie', berikan kepada suami, anak

Minuman ini dihasilkan daripada uri Cik Jay Woodall. (Gambar: Jay Woodall/ SWNS.com)

Diterbitkan : 01 Apr 2018 11:14PM Dikemas Kini : 01 Apr 2018 11:24PM

HAMPSHIRE: Bayangkan, uri tembuni dijadikan minuman 'smoothie' dan ia diberi minum kepada sang suami dan anaknya sendiri.

Ini bukan cerita daripada filem seram atau petua menundukkan suami seperti dalam mitos masyarakat. Tapi itulah amalan yang dilakukan seorang wanita empat anak. Beliau memberi makan uri kepada suami yang berusia 34 tahun dan anaknya yang berusia tiga tahun, untuk kesihatan mereka.

Jay Woodall, 33 tahun dari wilayah Hampshire, Amerika Syarikat sentiasa memikirkan tentang cara untuk menggunakan semula uri atau plasenta beliau selepas bersalin. Cik Woodall terlepas peluang tersebut semasa melahirkan pada kali pertama dan kedua, lapor Daily Mail.

Bagaimanapun semasa melahirkan untuk kali ketiga dan keempat, beliau mendapat huraiannya. Cik Woodal membayar AS$42 (S$55) supaya urinya ditukar menjadi minuman. Sisanya pula dikeringkan dan dijadikan pil. Ini menelan kos AS$210 (S$275).

(Gambar-gambar: Jay Woodall/ SWNS.com)

Menurut Cik Woodal, tindakannya itu mendapat reaksi bercampur-campur daripada orang ramai. Ada yang berfikir perkara yang dilakukannya menjijikkan - dan tidak menyelerakan.

"Namun ada juga yang berminat dengan kaedah ini dan mereka bertanya tentang perkara ini. Mereka akan mendengarkan apa yang saya kongsi dan melakukan yang serupa," kata Cik Woodal.

"Saya tidak peduli tentang pandangan orang lain. Saya akan cuba pelbagai perkara asalkan ia bermanfaat untuk kesihatan saya dan keluarga saya," tambah beliau seperti ditukil Daily Mail.

RASANYA ENAK

Cik Woodal turut berkongsi tentang rasa minuman yang dihasilkan daripada urinya itu. "Rasanya sama seperti minuman buah-buahan lain. Minuman itu juga mengandungi air kelapa dan buah beri, jadi ia benar-benar enak," kata Cik Woodal.

(Gambar: Jay Woodall/ SWNS.com)

Seperti yang dijangkakan, minuman itu mempunyai manfaat kesihatan. Selepas beliau minum minuman itu, beliau berasa lebih bertenaga, dapat tidur dengan lebih baik dan emosinya lebih stabil setelah bersalin.

Bukan itu sahaja, minuman itu merangsang penghasilan susu badan. Cik Woodal malah terpaksa mengurangkan pengambilan minuman itu kerana beliau "menghasilkan terlalu banyak susu".

Proses pemulihan selepas bersalinnya juga lebih cepat. Malah, menurut laporan Daily Mail, Cik Woodal mampu berjalan keluar rumah pada hari yang sama selepas beliau melahirkan.

BERI MINUMAN PLASENTA KEPADA SUAMI DAN ANAK

Cik Woodal juga memberi minuman plasenta itu kepada suami dan anak mereka, Demitrius. Pada awalnya, suaminya hanya mencuba kerana hanya ingin tahu rasa minuman itu. Tanpa diduga mereka menyukainya kerana ia mengandungi beri dan bahan lain. Ibu Cik Woodal juga mencubanya.

"Beliau memberi respons yang serupa. Beliau katakan ia enak dan beliau berasa lebih bertenaga," kata Cik Woodal tentang reaksi ibunya.

Cik Woodal turut berkongsi pandangannya tentang kos untuk menghasilkan minuman dan pil daripada plasentanya.

"Ramai yang membelanjakan wang untuk membeli vitamin-vitamin. Memang kedengaran kaedah ini sepertinya mahal. Namun, ia bekalan bagi tempoh setahun - sangat berbaloi." 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan