Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita ini belanja lebih S$3,500 bina 'tempat lepak' atas rumah untuk kucing kesayangan

Namun, sesetengah pemilik tidak sampai hati melihat si kaki empat kesayangan mereka itu terperuk dalam ruang yang terhad sepanjang hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ini belanja lebih S$3,500 bina 'tempat lepak' atas rumah untuk kucing kesayangan

(Gambar-gambar: Facebook/Sasamon Sophin)

Diterbitkan : 09 Feb 2021 12:08AM Dikemas Kini : 09 Feb 2021 12:18AM

BANGKOK: Cara paling bertanggungjawab memelihara kucing kesayangan adalah memastikan ia selamat di dalam rumah, dan tidak mengganggu jiran yang tidak gemar kepada kucing.

Cara itu juga mengelakkan haiwan tersebut daripada ditimpa kecelakaan.

Namun, sesetengah pemilik tidak sampai hati melihat si kaki empat kesayangan mereka itu terperuk dalam ruang yang terhad sepanjang hari.

Terperangkap dalam dilema ini, satu huraian kreatif oleh seorang wanita di Thailand menarik perhatian dan menjadi tular di Facebook.

Terletak di atas anjung rumahnya di Nakhon Pathom, dekat Bangkok, adalah satu ruang besar khas yang dibina Sasamon Sophin untuk kucing-kucing peliharaannya.

Laman SAYS melaporkan, ruang itu dilindungi dengan jeriji yang besar berserta atap bumbung, yang membolehkan haiwan peliharaannya untuk bergerak bebas dan menghirup udara luar tanpa perlu menjejakkan kaki keluar rumah.

Sasamon memberitahu laman World of Buzz bahawa beliau mendapat ilham membina ruang itu setelah seekor kucingnya terlepas dari rumah.

"Kucing saya pada satu hari lari keluar rumah, dan ia pulang dengan bekas gigitan. Jadi saya menjadi bimbang akan bahaya yang boleh menimpanya," kata beliau seperti dilaporkan World of Buzz.

Berkongsi dengan SAYS, Sasamon berkata bahawa dengan meletakkan ruang khas itu di atas anjung rumahnya, kucing-kucingnya terlindung dari bahang panas dan kadang-kadang dapat menikmati cuaca berangin.

Selain ruang besar itu, Sasamon juga mempunyai ruang khas di belakang rumah untuk kucing-kucingnya 'melepak' jika hujan memasuki ruang di tingkat atas.

Beliau juga memasang pintu kucing khas supaya haiwan-haiwan kesayangannya itu dapat bergerak bebas dalam rumah.

Sasamon dilaporkan sebagai telah membelanjakan sekitar THB70,000 hingga THB80,000 (S$3,115 hingga S$3,560) untuk membina ruang khas itu. Namun baginya, pelaburan itu dianggap berbaloi.

"Setiap kucing sedang mencari rumah, jadi saya jaga mereka sebaik mungkin kerana saya mahu semua kucing-kucing ini hidup dalam keadaan lebih baik," kongsi beliau kepada World of Buzz.

Sumber : Agensi berita/TQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan