Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Walt Disney Company sediakan khidmat penstriman percuma bagi pekerja asing di S'pura

Memandangkan cabaran yang dihadapi para pekerja asing di Singapura ekoran COVID-19, syarikat Walt Disney Company mengumumkan pada 2 Mei bahawa ia akan menyediakan khidmat penstriman rancangan TV dan filem percuma bagi menceriakan hari mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Walt Disney Company sediakan khidmat penstriman percuma bagi pekerja asing di S'pura

(Gambar: Walt Disney Company)

Diterbitkan : 04 May 2020 03:32PM Dikemas Kini : 04 May 2020 03:41PM

SINGAPURA: Memandangkan cabaran yang dihadapi para pekerja asing di Singapura ekoran COVID-19, syarikat Walt Disney Company mengumumkan pada 2 Mei bahawa ia akan menyediakan khidmat penstriman rancangan TV dan filem percuma bagi menceriakan hari mereka.

Para pekerja asing boleh menggunakan khidmat Hotstar secara percuma untuk mendapatkan akses kepada kandungan berjumlah 85,000 jam merangkumi filem pecah panggung, perlawanan kriket, rancangan TV Star India dan siaran langsung berita menerusi telefon bimbit mereka.

Kandungan ditawarkan dalam sembilan bahasa bagi 2,000 filem dan 900 rancangan TV. Khidmat tersebut tersedia secara percuma hingga 21 Julai 2020.

Disney sedang bekerjasama dengan pihak Pemerintah dan kumpulan-kumpulan yang mendampingi pekerja asing untuk mempromosikan khidmat itu.

App Hotstar buat masa ini hanya boleh dimuat turun ke telefon Android menerusi Google Play, namun Disney dalam satu kenyataan memberitahu bahawa ia akan ditawarkan bagi iPhone tidak lama lagi.

Hotstar juga buat masa ini hanya tersedia bagi para pekerja asing namun boleh dilanggani penduduk Singapura yang lain tidak lama lagi.

Menurut Disney, aplikasi itu dimuat turun lebih 400 juta kali di India, menjadikannya antara khidmat penstriman video paling popular di negara itu.

Uday Shankar, Presiden Walt Disney Company bagi rantau Asia Pasifik (APAC) dan Pengerusi Star & Disney India, berkata: "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan pemerintah untuk menyediakan Hotstar kepada para pekerja asing di Singapura. Dalam mas-masa mencabar ini, kami secara rendah hati berharap agar dengan menyediakan kandungan dalam bahasa ibunda para pekerja dan menusuk kalbu, kami dapat memberi mereka semangat dan memberi sedikit keselesaan dan kegembiraan buat mereka."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan