Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Walk 2 Remember' bermatlamat cegah demensia dalam kalangan warga tua

Lebih 500 orang dijangka menyertai acara berjalan kaki atau 'walkathon', yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit demensia.

Anggaran Waktu Membaca:
'Walk 2 Remember' bermatlamat cegah demensia dalam kalangan warga tua

Acara berjalan kaki, senaman beramai-ramai, perbincangan mengenai demensia dan cabutan bertuah antara kegiatan dianjurkan dalam 'Walk 2 Remember'. (Gambar: Walk 2 Remember/Facebook)

Diterbitkan : 12 Mar 2019 12:05PM Dikemas Kini : 12 Mar 2019 12:08PM

SINGAPURA: Lebih 500 orang dijangka menyertai acara berjalan kaki atau 'walkathon', yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit demensia.

Diadakan di Taman Bishan-Ang Mo Kio pada Sabtu (16 Mac), acara 'Walk 2 Remember' menampilkan perbincangan panel mengenai penyakit demensia dan khidmat penjagaan, serta cabutan bertuah dan kegiatan senaman secara beramai-ramai.

Anggota Parlimen kawasan undi Kebun Baru Henry Kwek akan menyerikan acara itu sebagai tetamu terhormat.

"Buat masa ini, sekitar 82,000 orang mengalami demensia di Singapura. Menjelang 2030, bilangan itu dijangka melepasi 130,000 orang," menurut pihak penganjur dalam satu kenyataan media.

"Kajian jangka panjang dan penyelidikan perubatan yang dilakukan menerusi imbasan neuro mendapati bahawa kegiatan berjalan kaki berupaya melengahkan bermulanya demensia ataupun mencegah penyakit itu daripada menjadi bertambah buruk bagi kedua-dua golongan dewasa yang sihat dan mereka yang mengalami Kurang Daya Kongnitif Ringan (Mild Cognitive Impairment)."

Sebanyak 15 pertubuhan akan menyertai acara 'Walk 2 Remember'. Para peserta juga boleh menyertai perbincangan bersama ahli-ahli panel tersebut: Dr Chen Shi Ling, seorang pakar perubatan di Jabatan Geriaktrik Hospital Khoo Teck Puat; Chong Ying Ying, seorang jururawat dan anggota Persatuan Alzheimer; Melissa Chan, Pengasas dan CEO Projek 'We Forgot'; dan Roxanne Foo, ahli fisioterapi kanan Hospis Dover Park.

"Walk 2 Remember bermatlamat menggalak tabiat berjalan kaki berbilang generasi antara golongan dewasa rakyat Singapura dengan anggota keluarga warga tua bagi menangani isu demensia di Singapura sambil memupuk hubungan kekeluargaan yang lebih erat," menurut pihak penganjur lagi.

Acara 'Walk 2 Remember' adalah kempen kesihatan, yang diterajui oleh para mahasiswa tahun akhir Sekolah Komunikasi dan Perhubungan Wee Kim Wee Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan