Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wajah baru Pantene tampil bayi Jepun berambut lebat

Baru berusia setahun, bayi perempuan ini sudah menjadi terkenal. Malah, ketika usianya baru lapan bulan, dia sudah menarik perhatian dunia. Sebabnya? Rambut bayi ini begitu lebat sehingga dia kini menjadi bintang iklan Pantene.

Anggaran Waktu Membaca:
Wajah baru Pantene tampil bayi Jepun berambut lebat

(Gambar: @babychanco/Instagram)

Diterbitkan : 13 Jan 2019 12:42AM Dikemas Kini : 13 Jan 2019 12:52AM

JEPUN: Baru berusia setahun, bayi perempuan ini sudah menjadi terkenal. Malah, ketika usianya baru lapan bulan, dia sudah menarik perhatian dunia. Sebabnya? Rambut bayi ini begitu lebat sehingga dia kini menjadi bintang iklan Pantene.

Baby Chanco, yang menyambut ulang tahunnya yang pertama pada 23 Dis, mempunyai seramai 310,000 pengikut di Instagram. Akaun media sosial itu dibuka oleh ibunya, Mami Kano, sejak Mei 2018.

(Gambar-gambar: @babychanco/Instagram)

"Saya terperanjat dengan reaksi orang ramai, tetapi saya juga bangga mendapat pujian daripada ramai yang berasal dari pelbagai pelusuk dunia," kata Cik Kano kepada People.com.

Wajah Chanco secara rasmi terpapar dalam iklan Pantene minggu ini. Iklan itu turut menampilkan pengacara televisyen terkenal Jepun, Sato Kondo, yang diminati ramai dan terkenal dengan rambutnya yang cantik.

Kempen #HairWeGo dilancarkan khas bagi wanita yang "ingin menjadi positif dan memulakan kehidupan baru dengan rambut mereka," kata Yoshiaki Okura, Pengarah Jenama P&G.

Dalam video tersebut, Kondo seolah-olah membacakan satu cerita di mana Baby Chanco dan ibunya ingin meniup inspirasi kepada golongan wanita supaya "menghargai keistimewaan masing-masing".

Apabila ditanya jika beliau akan memotong rambut anaknya, Cik Kano berkata: "Saya lebih suka menyimpan rambut panjangnya, dan pada masa depan, saya ingin mencuba gaya-gaya rambut baru pada anak saya."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan