Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wadah online bantu penjaga fahami autisme dengan lebih mudah

Apabila Cik Suzanna Chua pertama kali mengesyaki anak lelakinya berusia 10 tahun mengalami autisme, beliau melakukan apa yang lazim dilakukan ramai ibu bapa lain: melakukan pencarian "autisme" menerusi Google. 

Anggaran Waktu Membaca:
Wadah online bantu penjaga fahami autisme dengan lebih mudah

Dr Ng Kian Bee menunjukkan laman Better Care (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 02 Jul 2019 03:19PM Dikemas Kini : 02 Jul 2019 03:24PM

SINGAPURA: Apabila Cik Suzanna Chua pertama kali mengesyaki anak lelakinya berusia 10 tahun mengalami autisme, beliau melakukan apa yang lazim dilakukan ramai ibu bapa lain: melakukan pencarian "autisme" menerusi Google.

Guru berusia 36 tahun itu kemudian mula membaca tentang "rawatan" yang terdapat di lelaman internet, namun mendapati sebahagiannya memburukkan lagi keadaan.

Atas sebab "kekurangan sumber baik" online, Dr Ng Kian Bee, seorang pakar saraf, menghasilkan laman dan aplikasi mudah alih bernama Better Carer (atau Penjaga Lebih Baik).

Ia dijangka akan dilancarkan lewat tahun ini.

Wadah pendidikan sehenti ini mengupayakan ibu bapa dan penjaga mempelajari lebih lanjut tentang autisme, bagaimana untuk menguruskan anak dengan keadaan tersebut dan bagaimana untuk mengenali simptom-simptom tertentu.

Dr Ng mengendalikan wadah Better Carer dengan seorang ahli psikiatri dari Institut Kesihatan Mental (IMH) dan seorang profesor dari Institut Pendidikan Nasiona (NIE).

Dr Ng, seorang timbalan pengarah di Sekolah Media Interaktif dan Digital di Politeknik Nanyang (NYP), berkata beliau sedar tentang "jurang pengetahuan" dalam kalangan para penjaga setelah berbual dengan mereka dan para guru.

"Akibat jurang (pengetahuan) ini, ramai ibu bapa akan merujuk kepada Internet," kata beliau.

Apabila melungsuri internet, katanya, ibu bapa akan banyak menemui maklumat berdasarkan pengalaman orang, yang tidak semestinya berkesan bagi anak mereka sendiri.

Terdapat juga banyak maklumat salah dalam talian.

Dr Ng berkata berbanding dengan keadaan fizikal lain yang boleh didiagnos, autisme hanya boleh dikesan menerusi penilaian tingkah laku yang dijalankan seorang pakar.

"Spektrum Gangguan Autisme (ASD), seperti digambarkan pada namanya, adalah suatu spektrum - ada yang sederhana, ada juga yang ekstrem," jelasnya.

MAKLUMAT AUTISME DIPERMUDAH

Memandangkan keadaannya rumit, Dr Ng berkata amat penting untuk memastikan maklumat yang didapati di Better Carer mudah difahami orang ramai.

Sebagai permulaan, beliau sepasukan akan menterjemah istilah perubatan dalam bentuk padat dan ringkas. Mereka juga akan menggunakan animasi dan permainan untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Beliau melahirkan harapan agar Better Carer akan memperkasa masyarakat online dengan maklumat tepat berkenaan autisme agar mereka kemudian dapat berkongsi dengan orang lain.

"Kami percaya tanggungjawab mempelajari (tentang autisme) tidak terletak hanya pada beberapa saintis sahaja ataupun karyawan perubatan, sebaliknya ia adalah tanggungjawab masyarakat bersama," katanya.

Para penjaga juga boleh memanfaatkan forum online yang terdapat pada laman atau app tersebut. Dr Ng berkata pasukannya akan memantau forum itu agar dapat mengekang sebarang penyebaran maklumat salah.

Bagi Cik Chua, beliau bersyukur maklumat di Better Carer akan disesuaikan bagi keperluan masyarakat setempat.

"Di Singapura kita belum lagi ada wadah berasaskan penyelidikan," kata beliau. "Apabila saya gunakan carian Google, semuanya dari negara-negara lain, tidak banyak berkenaan Singapura." 

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan