Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

WA tawar pilihan gambar, video padam sendiri

Bermula minggu ini, para pengguna aplikasi WhatsApp boleh menghantar gambar-gambar dan video yang akan padam dengan sendiri daripada wadah itu selepas ia dilihat penerimanya.

Anggaran Waktu Membaca:
WA tawar pilihan gambar, video padam sendiri

Logo "WhatsApp". (GAMBAR:AFP PHOTO / LIONEL BONAVENTURE)

Diterbitkan : 04 Aug 2021 01:20PM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 01:27PM

REUTERS: Bermula minggu ini, para pengguna aplikasi WhatsApp boleh menghantar gambar-gambar dan video yang akan padam dengan sendiri daripada wadah itu selepas ia dilihat penerimanya.

Ini sedang platform itu mempergiat usaha menyaingi aplikasi kiriman mesej bergambar - Snapchat - yang dimiliki Snap Inc.

Ciri tersebut, yang dipanggil View Once, membolehkan gambar dan video padam dengan sendiri selepas ia dilihat oleh penerimanya, menurut Facebook dalam satu catatan blog pada Selasa (3 Ogos).

Syarikat itu menambah, selepas media itu dilihat, mesej tersebut akan menunjukkan tanda sebagai "sudah dibuka".

Snapchat, yang terkenal dengan ciri 'Stories' yang membolehkan gambar atau video yang dikongsi pengguna padam dengan sendiri selepas 24 jam, semakin popular tahun lalu apabila sekatan pandemik COVID-19 memaksa ramai orang duduk di rumah. Snap Inc turut mengemas kini aplikasinya untuk menarik lebih ramai pengguna.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan