Images
  • changi airport
    (Gambar: shawnanggg/ Unsplash)

VTL: Berapa kali anda perlu ambil ujian swab COVID-19, ikut negara destinasi

SINGAPURA: Perjalanan ke luar negara bagi tujuan riadah disambung semula selepas digantung selama hampir dua tahun, dengan Singapura membuka Laluan Perjalanan bagi Penumpang yang Divaksin (VTL).

Ini bermakna anda boleh membuat perjalanan dari negara-negara yang tersenarai di bawah VTL ke Singapura, tanpa perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

VTL baru sahaja diperluas ke Kanada, Denmark, Perancis, Itali, Belanda, Sepanyol, United Kingdom (UK) serta Amerika Syarikat (AS), berkuat kuasa 19 Oktober.

VTL bagi Korea Selatan pula bermula pada 15 November manakala aturan VTL dilancarkan pada 8 September lalu bagi Jerman dan Brunei.

Syarat bagi penumpang yang pulang semula ke Singapura melalui VTL adalah jelas. Mereka perlu mengambil dua ujian reaksi rantai polimerase (PCR) COVID-19. Pertama, 48 jam sebelum bertolak ke Singapura dan yang kedua, semasa tiba di Lapangan Terbang Changi - sebagai ganti kepada kuarantin.

Bagaimanapun, ketika membuat perancangan sebelum memulakan perjalanan, anda juga harus menimbangkan sama ada perlu membuat sebarang ujian sebelum keberangkatan atau PDT, bahkan sebelum meninggalkan Singapura.

Peraturan kemasukan yang dikenakan negara-negara VTL berbeza antara satu negara VTL dengan yang lain, termasuk sekatan terhadap usia dan status vaksinasi. 

Misalnya, buat masa ini, Brunei tidak membenarkan perjalanan umum ke negara itu.

Korea Selatan pula membenarkan perjalanan umum ke negara itu di bawah VTL tetapi ini tidak termasuk kanak-kanak yang tidak layak bagi vaksinasi atau individu yang tidak layak dari segi perubatan untuk divaksin.

Di mana untuk mengambil PDT di Singapura: Pergi ke sebuah penyedia swab dan klinik PCR serta ART yang diluluskan MOH (senarai penuh di sini).

Di mana untuk mengambil PDT ketika di luar negara untuk pulang ke Singapura melalui VTL: Anda harus mengambil ujian PCR di sebuah penyedia yang diluluskan oleh kementerian kesihatan negara berkenaan atau yang setaraf dengannya. Ujian PCR dan ART yang dilakukan sendiri tidak diterima untuk kemasukan ke Singapura. MOH dan Singapore Airlines sudah menyediakan senarai penyedia ujian swab di sini dan sini.

Berapa banyak ujian COVID-19 perlu anda ambil jika anda membuat perjalanan ulang alik melalui VTL (yakni Singapura - negara VTL - Singapura):

Korea Selatan (mulai 15 Nov)
Berapa banyak ujian: 5
#1: Ujian sebelum keberangkatan (PDT) sebelum berlepas dari Singapura - Ujian PCR 72 jam sebelum bertolak
#2: Di Korea: Ujian ketika tiba di Lapangan Terbang Incehon (bermula dari 174,000 KRW or S$197). Tempah di sini.
#3: Ujian PCR pada hari keenam atau ketujuh (S$150-200), jika tinggal melebihi lapan hari. Hari ketibaan dikira sebagai Hari 0.
#4: Ujian PCR di Korea 48 jam sebelum bertolak ke Singapura
#5: Ujian sewaktu tiba di Singapura (S$160). Tempah di sini

United Kingdom (mulai 19 Okt)
Berapa banyak ujian: 3

#1: Ujian hari kedua di UK (dari £1.25 atau S$2.30 untuk ujian kendiri di sebuah kemudahan hingga £399 (S$735) untuk ujian swab melalui khidmat ke tempat penginapan). Tempah ujian sehari sebelum anda berangkat, dari senarai ini. Hari ketibaan dikira sebagai Hari 0. 
#2: Ujian PCR di UK 48 jam sebelum bertolak ke Singapura.
#3: Ujian sewaktu tiba di Singapura (S$160). Tempah di sini

Denmark (mulai 19 Okt)
Berapa banyak ujian: 2

#1: Ujian PCR di Denmark 48 jam sebelum berangkat ke Singapura
#2: Ujian sewaktu tiba di Singapura (S$160). Tempah di sini

Itali (mulai 19 Okt)
Berapa banyak ujian: 3

#1: Ujian ART/PCR seawal 72 jam sebelum tiba di Itali.
#2: Ujian PCR di Itali 48 jam sebelum bertolak ke Singapura.
#3: Ujian ketika tiba di Singapura (S$160). Tempah di sini

Perancis (mulai 19 Okt)
Berapa banyak ujian: 2

#1: Ujian PCR di Perancis 48 jam sebelum bertolak ke Singapura.
#2: Ujian sewaktu tiba di Singapura (S$160). Tempah di sini

Belanda (mulai 19 Okt)
Berapa banyak ujian: 2

#1: Ujian PCR di Belanda 48 jam sebelum berlepas ke Singapura.
#2: Ujian sewaktu tiba di Singapura (S$160). Tempah di sini

Sepanyol (mulai 19 Okt)
Berapa banyak ujian: 2

#1: Ujian PCR di Sepanyol 48 jam sebelum berangkat ke Singapura.
#2: Ujian sewaktu tiba di Singapura (S$160). Tempah di sini

Jerman
Berapa banyak ujian: 2

#1: Ujian PCR di Jerman 48 jam sebelum bertolak ke Singapura.
#2: Ujian sewaktu tiba di Singapura (S$160). Tempah di sini

Kanada (mulai 19 Okt)
Berapa banyak ujian: 3 hingga 4

#1: Ujian sebelum berangkat di Singapura - Ujian PCR 72 jam sebelum keberangkatan menaiki pesawat langsung ke Kanada.
#2: Tiada ujian sewaktu ketibaan di Kanada bagi pelawat divaksin tetapi ujian ketibaan rambang wajib mungkin dikehendaki.
#3: Ujian PCR di Kanada 48 jam sebelum bertolak ke Singapura
#5: Ujian ketika tiba di Singapura (S$160). Tempah di sini

Amerika Syarikat (mulai 19 Okt)
Berapa banyak ujian: 3

#1: Ujian sebelum pelepasan di Singapura - Ujian ART/PCR, diambil tidak lewat dari tiga hari sebelum waktu keberangkatan pertama yang dijadualkan dalam atur cara penerbangan.
#2: Ujian PCR di AS 48 jam sebelum bertolak ke Singapura.
#3: Ujian sewaktu tiba di Singapura (S$160). Tempah di sini

- TODAY/FZ/fz

Top