Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Visa pelancong Arab Saudi: Apa yang anda perlu tahu

Saudi mengumumkan visa pelancong barunya yang dilancarkan Jumaat lalu (27 Sep). Para pelancong boleh mendapatkan visa 90 hari untuk lawatan berulang kali ke negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Visa pelancong Arab Saudi: Apa yang anda perlu tahu

(Gambar: Visit Saudi/Instagram)

Diterbitkan : 03 Oct 2019 12:43PM Dikemas Kini : 03 Oct 2019 12:57PM

TIMUR TENGAH: Saudi mengumumkan visa pelancong barunya yang dilancarkan Jumaat lalu (27 Sep).

Para pelancong boleh mendapatkan visa 90 hari untuk lawatan berulang kali ke negara itu.

Khidmat e-visa atau visa semasa ketibaan akan dilanjutkan kepada 49 negara termasuk United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Australia.

Pengumuman tersebut dijangkakan mewujudkan sejuta pekerjaan baru untuk negara itu menjelang 2030, lapor The National.

Berikut adalah senarai perkara yang anda perlu ketahui mengenai visa pelancong baru tersebut:

Berapakah kos visa pelancong Saudi?

Visa tersebut berharga SAR 440 (S$162) selain cukai (VAT).

Di manakah anda boleh memohon untuk visa?

Para pelancong boleh memohon secara online untuk e-Visa atau mendapatkan visa semasa ketibaan di Arab Saudi. Sebuah portal online khusus iaitu visitsaudi.com telah dilancarkan dan kios elektronik juga disediakan di lapangan-lapangan terbang.

Berapa lamakah tempoh visa tersebut?

Visa pelancong membolehkan penginapan sehingga 3 bulan setiap kemasukan dengan pelawat dapat menghabiskan masa sehingga 90 hari setahun di Arab Saudi. Visa ini sah selama setahun dengan kemasukan berulang kali.

Negara-negara mana yang layak untuk memohon?

Rakyat dari 49 negara di seluruh dunia termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Denmark, Sepanyol, Perancis, Itali, Jerman, Kazakhstan, Singapura, Brunei dan Malaysia layak memohon visa pelancong.

Ini tidak termasuk mereka daripada Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang sememangnya sudah layak untuk kemasukan tanpa visa ke Arab Saudi.

Mengapa visa pelancong diperkenalkan?

Arab Saudi pertama kali mendedahkan rancangannya untuk mengalu-alukan pelancong ke negara itu pada Disember 2017, tetapi sejak itu tidak banyak butiran didedahkan.

Namun minggu lalu, The National melaporkan, satu kempen pelancongan baru mengenai Arab Saudi dilancarkan bersama satu video pemasaran mengagumkan yang disebarkan di media sosial. 

Sebelum ini, kebanyakan pelancong ke Arab Saudi ialah pengunjung Muslim yang menunaikan ibadah umrah dan haji atau mereka yang melakukan lawatan perniagaan. Visa pelancong hanya dikeluarkan sekali-sekala dan cuma untuk lawatan kumpulan terpilih. Kaum wanita terutamanya sukar untuk melakukan lawatan secara sendirian ke Arab Saudi.

Pada awal September, Ketua Suruhanjaya Saudi bagi Pelancongan dan Warisan Negara Ahmad Al Khatib berkata negara itu akan membuka pintunya kepada pelancong antarabangsa sebelum akhir tahun ini.

Encik Al Khatib membuat pengumuman tersebut semasa mesyuarat Pertubuhan Pelancongan Sedunia di Rusia.

Ini sejajar dengan dengan sasaran kerajaan Saudi untuk menerima sebanyak 30 juta pengunjung setiap tahun menjelang 2030. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan