Video kucing tidur lena dalam mangkuk tandas tular di internet
'Muka Tak Bersalah' - diingatkan sudah mati, rupa-rupanya kucing ini tengah tidur lena dalam mangkuk tandas.
MALAYSIA: Selain rupanya yang comel, sifat kenakalan seekor kucing menjadikannya antara haiwan peliharaan yang dekat dengan hati ramai.
Telatah seekor kucing baru-baru menarik perhatian ramai di internet setelah pemiliknya merakam haiwan itu yang disangka sudah mati.
Ditemui dalam mangkuk tandas tanpa sebarang pergerakan, dengan matanya yang tertutup, adegan itu pasti membuat mana-mana pemilik menjadi cemas.
Namun bibit yang mengejutkan itu bertukar menjadi geli hati apabila kucing comel berwarna oren tersebut membuka matanya setelah mendengar suara tuannya, yang memuat naik video berkenaan di TikTok menerusi akaun @ieywan77_fuhh.
"Ingatkan mati, tengok-tengok hidup lagi," pemiliknya 'berleter' sambil menggosok kepala haiwan itu yang hanya mendiamkan diri ibarat membuat muka selamba.
Pengguna internet rata-rata tak kering gusi menonton video itu, yang setakat ini meraih lebih 104,700 tanda 'Like', diulang kongsi lebih 10,700 kali dan menarik lebih 3,000 komen.
"Boleh keluar tak tu, nak call bomba ni," tulis jasminbear di ruang komen.
"Sape berak keluar kucing tu," seloroh seorang lagi pengguna TikTok, _Farahhns.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.