Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Victoria Beckham lancar koleksi mekap baru di Minggu Fesyen London

Victoria Beckham mengembangkan sayap perniagaannya untuk meliputi produk-produk kecantikan dengan pelancaran koleksi alat solek baru di Minggu Fesyen London yang disasarkan kepada pasaran kesejahteraan hidup.

Anggaran Waktu Membaca:
Victoria Beckham lancar koleksi mekap baru di Minggu Fesyen London

Pereka fesyen dan usahawan, Victoria Beckham, di acara Minggu Fesyen London di London, Britain, pada 15 Sep 2019. (Gambar: Henry Nicholls/REUTERS)

Diterbitkan : 16 Sep 2019 02:35PM Dikemas Kini : 16 Sep 2019 02:37PM

LONDON: Victoria Beckham mengembangkan sayap perniagaannya untuk meliputi produk-produk kecantikan dengan pelancaran koleksi alat solek baru di Minggu Fesyen London yang disasarkan kepada pasaran kesejahteraan hidup.

Jenama tersebut tidak menggunakan paraben atau sulfat dengan bungkusan luar diperbuat 100 peratus daripada sisa.

Jenama yang diasaskan oleh isteri pemain bola sepak David Beckham itu juga menampilkan barisan koleksi pakaian wanita musim bunga dengan pemilihan rona lembut dan gaya beralun.

Sebelum pertunjukan fesyen tersebut, sekitar 30 penunjuk perasaan daripada kumpulan aktivis iklim Extinction Rebellion melakukan bantahan di luar tempat acara berkenaan. Mereka berusaha menarik perhatian tentang kesan industri fesyen terhadap pencemaran alam sekitar.

Dengan memegang sepanduk bertulis "Fesyen tidak seharusnya merosakkan Bumi" dan "Kebenaran Tentang Keburukan Fesyen", para penunjuk perasaan itu melaung-laungkan cogan kata menyamakan fesyen dengan kemusnahan ekologi dan alam sekitar.   

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan