Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Versi baru Instagram untuk anak kecil? 'Jangan!' seru badan kanak-kanak sedunia

Kumpulan pejuang kanak-kanak dari seluruh dunia pada Khamis (15 April) menggesa ketua Facebook Mark Zuckerberg supaya membatalkan rancangan bangunkan versi Instagram yang ditujukan untuk golongan pra-remaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Versi baru Instagram untuk anak kecil? 'Jangan!' seru badan kanak-kanak sedunia

(Gambar: AP Photo/Jenny Kane, File)

Diterbitkan : 16 Apr 2021 05:59PM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 06:02PM

SAN FRANCISCO: Kumpulan pejuang kanak-kanak dari seluruh dunia pada Khamis (15 April) menggesa ketua Facebook Mark Zuckerberg supaya membatalkan rancangan bangunkan versi Instagram yang ditujukan untuk golongan pra-remaja.

Kempen untuk Kanak-kanak Bebas Komersil dan Pusat Maklumat Privasi Elektronik adalah antara hampir 100 kumpulan dan individu dari Amerika Utara, Eropah, Afrika dan Australia yang mengemukakan rayuan bertulis kepada Encik Zuckerberg.

Instagram "mengeksploitasi perasaan golongan muda yang takut ketinggalan dan ingin mendapat persetujuan rakan sebaya," tulis surat itu.

"Tumpuan tanpa henti pada penampilan, keterampilan diri dan penjenamaan memberi cabaran kepada privasi dan kesejahteraan remaja," hujah badan-badan itu, selain menekankan kebimbangan mengenai pemangsa, buli dan kandungan yang tidak sesuai.

Instagram sedang meneroka pelancaran versi rangkaian sosial yang mengutamakan gambar itu untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun, dengan kawalan ibu bapa.

Instagram, seperti syarikat induknya Facebook, hanya membenarkan mereka yang berusia lebih 13 tahun untuk memegang akaun tetapi pengesahan usia di internet menjadikannya sukar untuk menangkap semua yang melanggar peraturan.

"Hakikatnya adalah ramai kanak-kanak berada dalam talian," kata jurucakap Facebook Stephanie Otway sebagai menjawab pertanyaan AFP.

"Mereka ingin berhubung dengan keluarga dan rakan mereka, bersuka ria dan belajar, dan kami ingin membantu mereka melakukannya dengan cara yang selamat dan sesuai dengan usia."

Facebook bekerjasama dengan pakar perkembangan kanak-kanak dan kesihatan mental untuk mengutamakan keselamatan dan privasi, menurut Cik Otway.

Instagram, yang mempunyai lebih daripada satu bilion pengguna, baru-baru ini melancarkan teknologi yang bertujuan untuk mencegah kanak-kanak di bawah umur membuat akaun dan menyekat orang dewasa daripada menghubungi pengguna muda yang mereka tidak kenali.

Platform tersebut juga sedang meneroka cara untuk menyukarkan lagi orang dewasa yang pernah menunjukkan "tingkah laku yang berpotensi mencurigakan", daripada berinteraksi dengan remaja.

Kumpulan penyokong kanak-kanak itu ragu-ragu mengenai cadangan versi belia itu.

"Rekod panjang Facebook yang mengeksploitasi orang muda dan membahayakan mereka menjadikan syarikat itu sangat tidak sesuai sebagai penjaga laman perkongsian foto dan pesanan sosial untuk kanak-kanak," tegas mereka dalam surat itu.

"Ringkasnya, laman Instagram untuk kanak-kanak akan mendedahkan anak-anak kecil kepada beberapa risiko serius dan (hanya) akan memberikan faedah yang sedikit untuk keluarga." 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan