Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Versace, Coach, Givenchy mohon maaf kepada China atas kesilapan pada kemeja-T

Jenama mewah Versace, Coach dan Givenchy dikecam selepas menyenaraikan Hong Kong, Macau dan Taiwan sebagai tiga negara yang berasingan pada pakaian yang dijualnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Versace, Coach, Givenchy mohon maaf kepada China atas kesilapan pada kemeja-T

(Gambar: Sina Fashion/Weibo)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 11:12PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 11:17PM

ITALI: Jenama mewah Versace, Coach dan Givenchy dikecam selepas menyenaraikan Hong Kong, Macau dan Taiwan sebagai tiga negara yang berasingan pada pakaian yang dijualnya.

Jenama-jenama tersebut memohon maaf kerana dianggap sebagai menghina kedaulatan China melalui kemeja-kemeja-T yang menyenaraikan Hong Kong dan Taiwan sebagai dua negara yang berasingan.

Versace dikutuk pada Ahad (11 Ogos) kerana kemeja-T jenama itu memberikan gambaran seolah-olah Hong Kong dan Macau – kedua-dua bandar sebenarnya di bawah kuasa China – sebagai dua negara yang merdeka.

Hong Kong menjadi subjek yang sensitif terutamanya di tanah besar China sedang hab kewangan Asia itu digegarkan dengan tunjuk perasaan yang berlarutan selama berbulan-bulan.

Pada Isnin (12 Ogos), imej-imej kemeja-T Coach 2018 menyifatkan Taiwan – sebuah pulau demokratik yang ditadbir sendiri yang dianggap Beijing sebagai wilayahnya – dan Hong Kong bukan sebahagian daripada China sekali lagi mencetuskan kemarahan online.

Givenchy juga dikecam kerana kesilapan serupa: kemeja-T jenama itu menyenaraikan Taiwan dan Hong Kong secara berasingan daripada bandar-bandar di tanah besar China.

Ketiga-tiga syarikat itu sebelum ini cuba mengurangkan kerugian akibat kesilapan-kesilapan tersebut.

Gara-gara kesilapan itu, jenama-jenama berkenaan kehilangan selebriti-selebriti berprofil tinggi yang menggayakan jenama masing-masing.

Coach menyatakan dalam satu kenyataan pada Isnin (12 Ogos) bahawa pakaian-pakaian dengan "kesilapan yang serius" itu sudah ditarik balik, sambil menambah ia "sedia maklum tentang betapa serius kesilapan tersebut dan amat menyesalinya".

Jenama itu juga sudah membetulkan laman webnya selepas para pengunjung China mengongsi paparan skrin yang menyenaraikan Hong Kong sebagai sebuah negara.

Versace juga memohon maaf. "Kami menghargai China dan amat menghormati kedaulatan China," tulis jenama Itali itu dalam akaun Weibo yang serupa seperti Twitter pada Ahad (11 Ogos).

Kemeja-T yang menimbulkan kontroversi itu dikeluarkan daripada saluran-saluran penjualan rasminya dan "dihapuskan" pada 24 Julai, jelas syarikat berkenaan.

Pemohonan maaf Givenchy di Weibo juga menegaskan bahawa ia menghormati kedaulatan China dan jenama itu "menyokong Prinsip Satu China".

Sumber : CNA/AY/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan