Images
  • injection
    (Gambar: Unsplash/Hyttalo Souza)

Vaksin selesema 'makin lebih genting' di tengah COVID-19, kata doktor

SINGAPURA: Mendapatkan suntikan vaksin untuk demam selesema adalah lebih penting di tengah-tengah pandemik COVID-19, terutamanya apabila simptom influenza dan virus korona baru adalah serupa, menurut para doktor dan pakar penyakit berjangkit.

Di bawah Jadual Imunisasi Orang Dewasa Kebangsaan Kementerian Kesihatan (MOH), 1 dos vaksin influenza disarankan setiap tahun atau bagi setiap musim demam selesema, dan ia "amat digalakkan" bagi golongan lemah dan mudah terdedah.

Mereka termasuk golongan lanjut usia, kanak-kanak kecil, wanita hamil dan mereka yang mengalami keadaan kronik.

Oleh kerana musim demam selesema biasanya sampai ke tahap kemuncaknya pada hujung tahun, para pakar bimbang akan berlaku "pandemik kembar", menurut Dr Lam Mun San, seorang pakar penyakit berjangkit di Hospital Farrer Park.

"Kesimpulannya, kami tidak pasti bagaimana influenza dan COVID-19 akan bertindak, katanya.

"Terdapat cabaran untuk membezakan simptom demam selesema daripada simptom COVID-19 kerana kedua-dua penyakit itu menular pada masa yang sama. Oleh itu, dengan mendapatkan suntikan vaksin demam selesema, ia berharap akan dapat mengurangkan kekeliruan."

Dr Leong Choon Kit turut bersetuju dan berkata: "Dengan mengurangkan risiko dijangkiti influenza, ia akan membantu mengurangkan kesan luaran semasa mendiagnosis jangkitan COVID-19.

"Oleh itu, ia kini lebih genting untuk para penduduk mendapatkan vaksin terhadap influenza berbanding tahun-tahun lain."

KURANG TEKANAN DI PUSAT PERUBATAN

Selain itu, mendapatkan vaksin demam selesema juga boleh membantu mengurangkan tekanan di pusat jagaan kesihatan, menurut para pakar kepada Mediacorp.

"Jika kita boleh mengurangkan kadar influenza atau mencegah influenza, dari sudut kesihatan awam dan sumber, ia akan mengurangkan kadar jangkitan pernafasan akut daripada influenza, tekanan terhadap sumber-sumber ujian, serta mengurangkan jumlah pesakit atau katil pengasingan bagi pesakit dengan keadaan yang mudarat," menurut pengarah klinikal Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) Dr Shawn Vasoo.

Justeru ia "semakin lebih genting" untuk orang ramai menuruti nasihat MOH berkenaan mendapatkan vaksin, menurut seorang konsultan dengan NCID, Dr Barnaby Young.

- CNA/NA/na

Top