Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Uniqlo buka cawangan 'tepi jalan' pertama di M'sia

Di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan ekonomi global yang suram, Uniqlo mempunyai rancangan untuk membuka sebuah cawangan besar di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Uniqlo buka cawangan 'tepi jalan' pertama di M'sia

(Gambar: Uniqlo Malaysia)

Diterbitkan : 11 Nov 2020 10:04AM Dikemas Kini : 11 Nov 2020 10:05AM

KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan ekonomi global yang suram, Uniqlo mempunyai rancangan untuk membuka sebuah cawangan besar di Malaysia.

Peruncit fesyen dari Jepun itu mengumumkan pada Selasa (10 Nov) bahawa cawangan tersebut bagaimanapun tidak akan dibuka dalam sebuah pusat beli-belah.

Sebaliknya, cawangan itu akan dibuka di tepi jalan di Bandar Sri Damansara dan dikelilingi oleh kawasan kediaman, sekolah dan bangunan pejabat.

Dijadual dibuka pada Disember, cawangan baru itu terletak di Damansara Avenue.

Ia akan meliputi sebuah ruang beli-belah yang direka khas untuk menampung keperluan penting masyarakat di sekelilingnya.

Dalam kenyataannya, Ketua Pegawai Eksekutif Uniqlo Malaysia dan Singapura Yuki Yamada berkata bahawa pembukaan cawangan itu adalah sempena ulang tahun ke-10 syarikat itu di Malaysia pada bulan ini.

"Sepanjang beberapa tahun lalu, kami mengukuhkan kehadiran kami di sini dengan sebuah kedai online dan 51 cawangan di pusat beli-belah yang terletak di bandar-bandar utama di 12 negeri," katanya.

Encik Yamada menambah bahawa cawangan yang akan dibuka di tepi jalan itu turut menandakan usaha berterusan syarikat tersebut untuk memperluaskan pasarannya dan berharap ia akan melengkapi rangkaian cawangan sedia ada di pusat beli-belah.

"Cawangan terbaru kami direka dengan teliti bagi memastikan terdapat ruang yang secukupnya dan mudah diakses oleh semua orang termasuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak, golongan warga emas dan golongan kurang upaya, dan ia mempunyai tempat letak kereta yang tersendiri bagi para pelanggan kami.

"Secara asasnya, cawangan Uniqlo yang baru ini juga akan berfungsi sebagai sebuah kedai-berhampiran-rumah bagi para pelanggan di sekitar Bandar Sri Damansara dan kawasan-kawasan bandar berhampiran, di samping membolehkan para penduduk dengan mudah singgah ke cawangan itu," tambah Encik Yamada.

Cawangan pertama Uniqlo ang terletak di tepi jalan adalah di Jepun yang dibuka pada 1985.

Malaysia adalah negara kelima di luar Jepun dan ketiga di Asia Tenggara yang melancarkan konsep tepi jalan bagi cawangan-cawangannya selepas melancarkan konsep kedai yang sama di Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Filipina.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan