Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Unilever tukar nama krim pemutih kulit susuli bantahan banteras perkauman

Cabang gergasi pengguna Unilever di India menyatakan pada Khamis (25 Jun) bahawa ia akan menukar nama krim pemutih kulit "Fair & Lovely" selepas berlaku bantahan besar-besaran yang menentang sikap perkauman di seluruh dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Unilever tukar nama krim pemutih kulit susuli bantahan banteras perkauman

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 26 Jun 2020 09:39AM Dikemas Kini : 26 Jun 2020 09:43AM

NEW DELHI: Cabang gergasi pengguna Unilever di India menyatakan pada Khamis (25 Jun) bahawa ia akan menukar nama krim pemutih kulit "Fair & Lovely" selepas berlaku bantahan besar-besaran yang menentang sikap perkauman di seluruh dunia.

Syarikat Inggeris-Belanda itu menyatakan ia akan berhenti menggunakan perkataan "Fair" yang membawa erti cerah pada nama produk itu memandangkan jenama itu "komited dalam meraikan semua jenis rona kulit".

Unilever dilaporkan mengaut keuntungan sebanyak AS$500 juta (S$697 juta) menerusi penjualan produk tersebut di India pada tahun lalu.

Kulit cerah di India digambarkan sebagai mereka yang daripada golongan berdarjat.

"Kami akan menjadikan portfolio jagaan kulit kami lebih inklusif dan kami mahu menerajui usaha yang memaparkan kecantikan yang lebih pelbagai," kata ketua Unilever di India, Sanjiv Mehta dalam satu kenyataan.

Sebilangan syarikat - termasuk gergasi produk kecantikan Perancis L'Oreal - dikecam baru-baru ini berhubung produk-produk pencerahan kulit selepas tercetusnya gerakan Black Lives Matter yang menegakkan keadilan menyusuli kematian lelaki kulit hitam George Floyd di Amerika Syarikat.

Johnson & Johnson menyatakan pada minggu lalu ia akan berhenti menjual sebilangan produk Neutrogena dan Clean & Clear, yang dijual sebagai produk yang dapat mengurangkan tompok hitam pada wajah di pasaran Asia dan Timur Tengah.

Produk-produk krim pemutih kulit di India sudah sekian lama disokong oleh bintang-bintang Bollywood termasuk Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra Jonas.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan