Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Uji cuba LRT Jakarta bermula 11 Jun

Warga Jakarta diberi peluang untuk menyertai ujian percubaan sistem Light Rail Transit Jakarta (LRTJ) yang bermula pada 11 Jun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Uji cuba LRT Jakarta bermula 11 Jun

Ujian percubaan sistem Light Rail Transit Jakarta (LRTJ) dibuka 11 Jun ini. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 08 Jun 2019 10:28PM Dikemas Kini : 09 Jun 2019 02:40AM

JAKARTA: Warga Jakarta diberi peluang untuk menyertai ujian percubaan sistem Light Rail Transit Jakarta (LRTJ) yang bermula pada 11 Jun ini.

Demikian diumumkan pihak pengelola projek tersebut, Corporate Communications Manager PT LRT Jakarta.

Dengan tidak mengenakan sebarang bayaran, warga Jakarta yang berminat hanya perlu mendaftarkan diri dengan mengisi data bagi mendapatkan tempahan tiket masing-masing di laman rasmi LRTJ.

LRTJ dikatakan akan membuat perhentian di lima stesen berbeza - Boulevard Utara, Boulevard Selatan, Stasiun Pulomas, Stasiun Equestrian, dan Stasiun Velodrome.

Operasi LRTJ pula bermula dari jam 5:30 pagi hingga 11 malam setiap hari, dengan kekerapan 10 minit sekali.

“Tujuannya adalah untuk membuat masyarakat biasa dengan teknologi pengangkutan baru LRT ini,” kata Pengurus Perhubungan Korporat PT LRT Jakarta, Cik Melisa Sucianti.

Cik Melisa menambah dengan adanya kesempatan ujian awam tersebut, pengguna nanti akan dapat menjaga kemudahan bersama, membudayakan tata tertib, dan toleransi sesama penumpang.

Beliau turut berkongsi stesen-stesen tersebut akan turut menempatkan kemudahan-kemudahan perniagan seperti gerai makanan, busana, dan lain-lain.  

Sumber : Bernama/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan