Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Udara kotor di bandar China dikaitkan dengan rasa susah hati

Para penyelidik di China menemui kaitan yang ketara antara mutu udara yang kurang baik dengan rasa susah hati. 

Anggaran Waktu Membaca:
Udara kotor di bandar China dikaitkan dengan rasa susah hati

(Gambar: Wang Zhao/AFP)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 10:32AM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 10:40AM

CHINA: Para penyelidik di China menemui kaitan yang ketara antara mutu udara yang kurang baik dengan rasa susah hati.

Ini berdasarkan berjuta-juta catatan media sosial daripada para penduduk yang menetap di 144 bandar merata China.

Tinjauan itu turut mengkaji bagaimana pencemaran udara di kawasan-kawasan bandar menjejas 'mood' harian dengan memadankan sembang di khidmat Weibo, iaitu versi serupa Twitter di China dengan paras pencemaran udara.

Ketua kajian itu, Siqi Zheng, yang merupakan seorang profesor madya dan pengarah Makmal Bandar Masa Hadapan China di MIT, berpandapat bahawa pengajarannya amat berguna sekali.

"Paras pencemaran udara yang lebih tinggi menjejas tahap kegembiraan penduduk di China," kata Cik Zheng.

Cik Zheng dan rakan-rakan sekerjanya menggunakan mesin-mesin algoritma untuk mengkaji lebih 200 juta mesej yang dimuat naik ke Weibo pada 2014 dan setakat sehingga pertengahan 2018, ia mempunyai 455 juta pengguna aktif.

Mereka mencipta "indeks kegembiraan" berdasarkan kata kunci dan konteks dan kemudian membandingkannya dengan naik turun paras pencemaran udara.

"Kami menemui hubungan negatif yang ketara" - apabila salah satu naik, maka yang lagi satu akan turun - "iaitu antara paras pencemaran udara dengan tahap kegembiraan," menurut Cik Zheng.

"Kaum wanita lebih sensitif terhadap paras pencemaran lebih tinggi berbanding kaum lelaki."

Lebih menarik lagi, kaitan atau hubungan itu paling ketara di bandar-bandar paling bersih dan paling kotor yang ditinjau.

Lebih separuh penduduk China - hampir 700 juta orang - kini tinggal di kawasan-kawasan bandar. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan