Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ubi kentang hijau, bertunas berbahaya dimakan

Ubi kentang kalau disimpan terlalu lama dalam peti sejuk boleh bertukar kepada warna hijau dan tumbuh tunas. Sekalipun begitu, ada sesetengah orang tetap menggunakannya buat masakan kerana tidak mahu membazir.

Anggaran Waktu Membaca:
Ubi kentang hijau, bertunas berbahaya dimakan

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 17 Sep 2019 04:52PM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 04:54PM

KUALA LUMPUR: Ubi kentang kalau disimpan terlalu lama dalam peti sejuk boleh bertukar kepada warna hijau dan tumbuh tunas. Sekalipun begitu, ada sesetengah orang tetap menggunakannya buat masakan kerana tidak mahu membazir.

Ini biasanya dilakukan dengan memotong bahagian hijau atau tunas tersebut.

Namun sebenarnya, adakah ubi kentang itu selamat untuk dimakan? Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, sebaik-baiknya, ubi kentang itu dibuang sahaja.

Sebagai penjelasan, beliau memberikan empat alasan berikut:

1. Memakan kentang yang sudahpun bertukar hijau dan tumbuh tunas boleh membuatkan anda berisiko terdedah kepada toksin semula jadi yang dikenali sebagai glikoalkaloid iaitu solanin dan chaconine.

2. Kulit kentang berwarna hijau menandakan kehadiran toksin. Tunas pula mengandungi kepekatan toksin paling tinggi dan ia adalah rendah dalam isi ubi kentang.

3. Kentang yang tercemar dengan toksin tersebut membuahkan rasa pahit dan jika dimakan, anda boleh mengalami cirit-birit, muntah serta sakit pada bahagian perut. Simptom-simptom itu lazimnya akan berlaku dalam masa beberapa jam dan boleh berlarutan hingga sehari.

4. Proses memasak kentang menerusi kaedah membakar, merebus atau menggoreng tidak akan menghapuskan toksin tersebut. Bagaimanapun, kandungan toksin dalam kentang itu boleh berkurangan jika kulitnya dikupas terlebih dahulu sebelum dimasak.

Dengan itu, pilihlah kentang yang ada permukaan licin, bukan berwarna hijau dan tidak bertumbuh tunas. Ingat, jangan ambil risiko andai sudah terlihat ada ciri-ciri yang tidak seharusnya pada ubi kentang itu. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan