Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Twitter lancar ciri beri upah guna bitcoin

Twitter kini akan membolehkan pengguna memberi tip atau upah kepada pencipta kandungan kegemaran mereka menggunakan bitcoin dan juga akan melancarkan dana untuk membayar beberapa pengguna yang memulakan sembang audio menggunakan ciri Space di wadah itu, menurut syarikat itu pada Khamis (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Twitter lancar ciri beri upah guna bitcoin

Gambar hiasan: ikon aplikasi Twitter di telefon bijak dipetik pada 13 Jul 2021. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 24 Sep 2021 10:25AM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 10:34AM

SAN FRANCISCO: Twitter kini akan membolehkan pengguna memberi tip atau upah kepada pencipta kandungan kegemaran mereka menggunakan bitcoin dan juga akan melancarkan dana untuk membayar beberapa pengguna yang memulakan sembang audio menggunakan ciri Space di wadah itu, menurut syarikat itu pada Khamis (23 Sep).

Syarikat itu juga mengumumkan ia akan menguji cara baru untuk menjadikan pengalaman pengguna lebih selamat di Twitter, seperti memberi amaran ketika mereka menyertai perbualan "hangat", atau membolehkan mereka meninggalkan siri catatan tweet yang dimuat naik seseorang pada bila-bila masa.

Pengumuman produk-produk itu adalah usaha terbaru Twitter untuk menandingi platform saingan seperti Facebook dan YouTube milik Alphabet Inc untuk pencipta kandungan popular dengan ramai pengikut, selain untuk memulihkan imejnya sebagai laman di mana perbincangan memecah belah boleh tercetus online.

Pengguna Twitter di seluruh dunia yang menggunakan peranti iOS kini dapat mengirim dan menerima pembayaran digital, yang sebelumnya hanya terbatas pada sekumpulan kecil penguji.

"Kami yakin dapat terus memberi insentif kepada jenis-jenis perbualan yang ingin dilihat orang," kata Esther Crawford, peneraju produk untuk pengewangan pencipta di Twitter, dalam satu taklimat dengan wartawan.

Syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu menambah bahawa ia sedang meneroka cara untuk membolehkan pengguna menyaring kata-kata tertentu yang tidak ingin mereka lihat dalam balasan tweet mereka, yang boleh digunakan untuk menghentikan ejekan atau ucapan berbaur penganiayaan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan