Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tudung paling mahal di dunia pada harga RM70,000!

Masihkan anda ingat lagi tudung bawal berwarna hitam bertatahkan kristal mewah Swarovski bernilai RM50,000 (S$16,340)?

Anggaran Waktu Membaca:
Tudung paling mahal di dunia pada harga RM70,000!

Tudung-tudung jenama Bawal Exclusive. (Gambar: Bawal Exclusive/Facebook)

Diterbitkan : 28 Jun 2019 01:52PM Dikemas Kini : 28 Jun 2019 02:41PM

KOTA BAHRU: Masihkan anda ingat lagi tudung bawal berwarna hitam bertatahkan kristal mewah Swarovski bernilai RM50,000 (S$16,340)?

Jika sebelum ini, harga tudung jenama Bawal Exclusive (BE) itu dianggap sebagai tidak munasabah, namun sehelai tudung yang diperkenalkan baru-baru ini sekaligus memecahkan rekod tudung termahal di dunia.

Pengasas BE, Haliza Maysuri, mengumumkan mengenai tudung bernilai RM70,000 (S$22,900) sempena acara Oscar’s Glamorous Night With As Galleria yang diadakan pada Khamis (27 Jun).

Menurut Cik Haliza, tudung itu bertahtakan swarovski yang diimport dari Austria. Ia sudahpun ditempah dan bakal menjadi milik seorang usahawan dari negeri Kelantan.

Astro Awani menukil beliau sebagai berkata bagi tempahan kali ini, wanita berkenaan mahu tudung warna biru itu dihiasi dengan kemewahan dasar laut.

Tudung corak istimewa itu ditempah menerusi butik As Galleria milik Rabiatul Hasmak Ghani.

"Sebelum kami bersetuju terima tempahan. Syarikat telah merujuk kepada ibu pejabat kerana ini bukan tudung yang biasa-biasa, harganya termahal.

“Kami akan gunakan khidmat pakar dari Itali yang berada di Singapura untuk hasilkan tudung demi memberi kepuasan kepada pemiliknya," kata beliau, seperti dipetik oleh Astro Awani.

Cik Haliza berkata tudung itu bukan setakat menggunakan swarovski tulen. Malah, ia lebih mahal daripada tudung-tudung biasa kerana setiap satu permata itu disusun menggunakan tangan satu persatu dan bukannya dihasilkan oleh mesin.

Mengulas lebih lanjut, Cik Haliza berkata para pemakai setia BE mengetahui dan merasai kelainannya mahupun keistimewaan berhijab dengan jenama keluaran syarikatnya

"Saya pernah bertanya mengapa sanggup bayar mahal hanya untuk sehelai tudung satu meter ini.

"Jawapannya semua adalah demi kepuasan diri sendiri dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Lagipun, pembelinya tidak mahu dikenali.

"Individu itu juga memberitahu, jika harga kasut keluaran negara luar berharga belasan ribu ringgit boleh dibeli inikan pula tudung yang boleh menutup aurat dan dibuat oleh usahawan tempatan," katanya, seperti dipetik oleh Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan