Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tudung bawal RM50,000 bertatah kristal Swarovski, termahal seumpamanya di dunia

Tudung termahal seumpamanya di dunia bakal menjadi penyeri gaya Aidilfitri seorang ahli perniagaan yang membelinya pada harga berharga RM50,000 (S$16,420).

Anggaran Waktu Membaca:
Tudung bawal RM50,000 bertatah kristal Swarovski, termahal seumpamanya di dunia

Tudung bawal RM50,000 bertatah kristal Swarovski. (Gambar: ByQiss by Bawal Exclusive/Instagram)

Diterbitkan : 28 May 2019 02:13PM Dikemas Kini : 28 May 2019 02:16PM

KUALA LUMPUR: Tudung termahal seumpamanya di dunia bakal menjadi penyeri gaya Aidilfitri seorang ahli perniagaan yang membelinya pada harga berharga RM50,000 (S$16,420).

Tudung bawal berwarna hitam bertatahkan kristal mewah Swarovski itu ditempah pelanggan berkenaan dari butik ByQiss by Bawal Exclusive di Kuantan, Pahang, Februari lalu. Menurut BH Online, beliau tertarik dengan nilai eksklusif yang ditawarkan oleh syarikat hijab mewah seberang tambak, Bawal Exclusive (BE).

Pengasas BE, Haliza Maysuri berusia 42 tahun, berkata tempahan itu yang paling mahal pernah diterima setakat ini berbanding rekod jualan bernilai RM33,000 (S$10,837) bagi tudung keluaran syarikatnya pada tahun lalu.

"Tudung ini menggunakan lebih 10 warna kristal mewah yang dibuat sepenuhnya sekumpulan pereka Swarovski dari Austria, direka berteraskan rekaan dan personaliti pelanggan.

"Ilham fantasi wujudnya kuntuman bunga mekar di padang pasir Sahara, menterjemahkan kegigihan pemiliknya yang berusia 35 tahun. Pemilik seorang ahli perniagaan perusahaan berasaskan minyak dan gas. Tempahan hanya dilihatnya selepas siap dan diterbangkan ke negara ini," kongsi Cik Haliza.

Pengasas BE, Haliza Maysuri, menunjukkan tudung RM50,000 bertatah kristal Swarovski. (Gambar: ByQiss by Bawal Exclusive/Instagram)

Pengasas BE, Haliza Maysuri, menunjukkan tudung RM50,000 bertatah kristal Swarovski. (Gambar: ByQiss by Bawal Exclusive/Instagram)

Beliau berkata demikian di sidang media penyerahan tudung pelanggannya kepada pemilik butik, lapor BH Online. Sesi penyerahan disaksikan Pengarah Jualan Swarovski Profesional Malaysia, Zoe Teo, dan Pemilik Butik Byqiss by Bawal Exclusive, Hamizan Puteh.

Menurut Cik Haliza, lazimnya, tudung diperbuat daripada fabrik voile dari Jepun yang direka mengikut rekaan dan personaliti pelanggan bermula peringkat tempahan hinggalah ke sentuhan akhir hijab tersebut. Urusan dikendalikan menerusi panggilan video dengan pereka negara terlibat.

"Harga RM50,000 termasuk kos pereka profesional dan logistik dari Austria. Nilai berpadanan kerana BE boleh diwarisi dari generasi ke generasi.

“Bagi tempahan seterusnya BE adalah dari Lahad Datu, Sabah, yang dijangka bernilai RM65,000 (S$21,346). Tempahan kini masih peringkat perbincangan mengenai perincian dan corak rekaan," ujar Cik Haliza.

BE mempunyai 10 butik fizikal dan 35 wakil ejen jualan di seluruh Malaysia. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan