Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tuaian durian M'sia cecah 180 juta kilogram tahun ini - naik 2 kali ganda!

Memang musim 'durian runtuh'! Jika pada tahun lalu pengeluaran durian di Malaysia mencapai sebanyak 60 juta kilogram, tahun ini pengeluarannya naik dua kali ganda, iaitu mencecah 180 juta kilogram.

Anggaran Waktu Membaca:
Tuaian durian M'sia cecah 180 juta kilogram tahun ini - naik 2 kali ganda!

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 14 Aug 2018 07:10PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 07:13PM

KUALA TERENGGANU: Memang musim 'durian runtuh'! Jika pada tahun lalu pengeluaran durian di Malaysia mencapai sebanyak 60 juta kilogram, tahun ini pengeluarannya naik dua kali ganda, iaitu mencecah 180 juta kilogram.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mohd Anis Mohd Yasin, 180 juta kilogram durian tahun ini terdiri daripada pelbagai durian termasuk durian kampung, durian telur dan durian-durian 'premium' seperti musang king.

Meskipun pengeluaran durian begitu tinggi, beliau memberi jaminan bahawa terdapat permintaan tinggi bagi durian tahun ini.

"Durian-durian ini akan diproses dan disejuk beku untuk dieksport ke China. Malah bekalan semakin kurang kerana ada permintaan daripada pengilang untuk membuat pelbagai jenis makanan termasuk kek dan aiskrim," katanya.

Durian-durian juga dieksport ke 22 negara lain, termasuk Singapura, Hong Kong, Australia dan Amerika. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan