Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Toy Story tema bagi Pesta Kanak-Kanak di Taman di Pesisiran tahun ini

Pesta Kanak-Kanak oleh Taman di Pesisiran menjanjikan suatu pengalaman yang seronok dan berwarna-warni untuk para pengunjung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Toy Story tema bagi Pesta Kanak-Kanak di Taman di Pesisiran tahun ini

(Gambar: Pesta Kanak-kanak Taman di Pesisiran)

SINGAPURA: Pesta Kanak-Kanak oleh Taman di Pesisiran menjanjikan suatu pengalaman yang seronok dan berwarna-warni untuk para pengunjung tahun ini.

Bertemakan filem animasi Disney, Toy Story, pesta tersebut akan menyaksikan Supertree Grove bertukar menjadi satu taman yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan permainan yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang bakal ditampilkan termasuk Star Adventurer di mana kanak-kanak boleh berlumba dengan kereta-kereta pandu sendiri untuk menghidupkan watak Buzz Lightyear dan Bo Peep's Adventure, sebuah aktiviti yang menguji kemampuan fizikal mereka.

Terdapat juga gerai-gerai permainan yang menampilkan watak-watak Woody dan Jessie.

Selain itu, para pengunjung juga dapat menyaksikan sebuah trek larian marmar bertemakan filem animasi Disney•Pixar, Toy Story 4, yang pertama di Singapura.

Trek sepanjang 150 meter yang mengelilingi dua pohon gergasi 'supertree' memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati pandangan yang indah dari atas pohon-pohon tersebut sambil didendangkan lagu-lagu dari filem animasi Toy Story.

Di penghujung pesta setiap hari, sebuah persembahan muzik dan cahaya secara besar-besaran akan diadakan di taman itu.

Pesta Kanak-Kanak 2019 akan berlangsung dari 15 hingga 30 Jun. Tiada bayaran masuk dikenakan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan