Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tourism M'sia ajak warga S'pura 'Singapoliday'

Camaraderie! Persahabatan. Itu mungkin ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan promosi terbaru pejabat Tourism Malaysia, yang mengajak warga Kota Singa meneroka negara pulaunya berikutan pelaksanaan sekatan sempadan akibat penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Tourism M'sia ajak warga S'pura 'Singapoliday'

(Gambar: Tourism Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 12 Nov 2020 12:19AM Dikemas Kini : 12 Nov 2020 12:24AM

SINGAPURA: Camaraderie! Persahabatan. Itu mungkin ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan promosi terbaru pejabat Tourism Malaysia, yang mengajak warga Kota Singa meneroka negara pulaunya berikutan pelaksanaan sekatan sempadan akibat penularan COVID-19.

“Seperti 'Burger King' yang tidak pernah menyangka mereka akan mempromosikan Big Mac, kami juga tidak pernah menduga akan meminta anda semua berbuat begini.

“Tidak pernah terbayang kami akan menggalakkan anda semua bercuti di Singapura, namun rakan kami dalam industri pelancongan memerlukan sokongan anda semua pada masa ini. Walaupun kita impikan berjemur di bawah sinaran matahari di Pulau Redang, tidak ada kurangnya berbuat demikian di Sentosa buat masa sekarang.

“Jadi, jika anda semua ingin membantu, mulakan #SingaporeRediscovers hari ini,” demikian hantaran Tourism Malaysia di laman rasmi Facebooknya pada Rabu (11 Nov).

Seorang pemilik akaun Facebook atas nama Firdaus Wahid mengulas: “Sayangilah jiran anda. Terima kasih Malaysia. Sangat-sangat rindukan anda.”

Awal bulan ini, rantaian makanan segera Burger King Team UK mengeluarkan iklan meminta pelanggannya membeli daripada pesaingnya McDonald’s untuk menyokong kakitangan restoran itu menyusuli penguatkuasaan sekatan perjalanan di Britain.

“Tidak pernah terfikir oleh kami untuk meminta anda berbuat begini, namun restoran yang menggaji ribuan pekerja benar-benar memerlukan sokongan anda pada masa ini.

“Justeru, jika anda ingin membantu, teruslah nikmati makanan enak menerusi penghantaran ke rumah, bungkus bawa balik atau pandu lalu. Semestinya hidangan Whopper pilihan yang baik, namun memesan Big Mac juga bukanlah perkara yang tidak bagus.” 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan